awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbalik di Kuantan, 2 warga China dikhuatiri lemas

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
26/04/2018
12:59 MYT
Bot terbalik di Kuantan, 2 warga China dikhuatiri lemas
Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang sebelum usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Dua pelancong lelaki China dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka karam berhampiran Empangan Kobat, di Indera Mahkota di sini, hari ini.
Kejadian jam 4 petang berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Chen Xi dan Ren Cheng menaiki bot berkenaan bersama dua lagi rakan mereka yang juga warga China dan seorang pemandu bot warga tempatan.
Difahamkan ketika kejadian, kesemua mangsa sedang melakukan lawatan kerja ke kawasan empangan itu sebelum bot dinaiki mereka karam.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harul, mangsa yang terselamat dikenali sebagai Duan Feng dan Zhang Jian Zheng manakala pemandu bot berkenaan adalah Mohd Yusdi Mohd Yusof, 38 tahun.
Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
"Ketiga-tiga mangsa yang terselamat dipercayai berenang ke tepi sungai berkenaan, sebelum meminta orang ramai menghubungi pihak bomba.
"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang sebelum usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, anggota SAR turut menggunakan bot gentian kaca milik orang awam bagi mencari dua lelaki berkenaan selain Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Kita turut menerima bantuan daripada seramai 10 anggota polis yang membantu dalam usaha mencari dua wanga China yang dikhuatiri lemas itu," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#air
#bomba
#bot
#China
#karam
#Kuantan
#lelaki
#lemas
#mangsa
#mencari
#menyelamat
#Pahang
#pelancong
#polis
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan