Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah kerajaan mewujudkan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan satu amalan rasuah seperti didakwa oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, Perdana Menteri berkata, kerajaan Arab Saudi turut menyalurkan bantuan kewangan untuk membantu rakyatnya yang misikin, sekali gus membuktikan tindakan Malaysia memberi bantuan seumpama itu melalui BR1M bukan satu rasuah.
Katanya, berdasarkan maklumat beberapa menteri kabinet Arab Saudi dalam rombongan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia, kerajaan negara itu memperkenalkan beberapa langkah bagi membantu rakyatnya yang susah.
"Ini termasuk langkah memasukkan wang terus ke dalam akaun bank penerima yang memerlukan. Kalau Tun Mahathir kata BR1M itu rasuah, jadi apa yang kerajaan Arab Saudi buat?. Kalau kita (kerajaan) buat ada orang cakap itu rasuah.
"BR1M ini bukan rasuah (sebaliknya) ia adalah untuk menolong rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai, di sini hari ini.
BACA: BR1M dikatakan rasuah kerana ia tidak diberikan secara bersyarat - Pakar ekonomi
BACA: BR1M langkah tepat bantu rakyat, kata Salleh
Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden MyPPP, Tan Sri M.Kayveas.
Beberapa anggota kabinet kerajaan Arab Saudi kini berada di Kuala Lumpur sempena lawatan negara empat hari Raja Salman ke Malaysia yang bermula semalam.
Dr Mahathir dan puak pembangkang sebelum ini telah beberapa kali menghasut rakyat dengan menyatakan bahawa pemberian BR1M itu merupakan rasuah.
Berkongsi intipati perbualannya dengan anggota kabinet kerajaan Arab Saudi, Najib turut menyatakan kerajaan Arab Saudi akan turut memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Arab Saudi tidak lama lagi.
Justeru, katanya, langkah kerajaan memperkenalkan GST sejak April 2015 bukanlah satu langkah yang salah memandangkan Arab Saudi yang merupakan negara yang kaya turut akan melaksanakan perkara sama kepada rakyat mereka.
Selain itu, perdana menteri turut menarik perhatian bahawa kerajaan Arab Saudi yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak 50 peratus di negara mereka.
"Harga minyak Arab Saudi naik 50 peratus. Kita riuh rendah kalau naik 20 hingga 50 sen pun," katanya.
Justeru, Najib mengingatkan semua pihak supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan kerana ia dibuat dengan mengambil kira kepentingan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2017
PM NAJIB: langkah kerajaan mewujudkan skim BR1M bukan satu amalan rasuah seperti didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukkan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.