awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BSH: RM100 untuk bujang dibayar hujung Mac

Bernama
Bernama
19/02/2019
09:50 MYT
BSH: RM100 untuk bujang dibayar hujung Mac
Bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 itu akan memanfaatkan lebih tiga juta individu. -Gambar fail
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 itu akan memanfaatkan lebih tiga juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.
"Bayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berhubung bayaran selanjutnya, Lim berkata kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: [email protected].
Lim berkata berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lepas, BSH 2019 mengutamakan penerima yang berkeluarga serta menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.
Namun, katanya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian kepada semua pihak yang memerlukan dalam masa terdekat.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan juga menyarankan supaya bantuan diberikan kepada anak muda bujang yang berpendapatan kecil.
"Lantaran saranan tersebut dan sebagai menepati hasrat kerajaan berjiwa rakyat yang berkeprihatinan, Kementerian Kewangan, sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018,"katanya.
Topic Berkaitan
#Bantuan Sara Hidup
#BSH
#bujang
#Lim Guan Eng
#RM100
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan