awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bubar DUN: MB Terengganu menghadap Sultan Mizan esok

Bernama
Bernama
08/04/2018
04:14 MYT
Bubar DUN: MB Terengganu menghadap Sultan Mizan esok
Pertemuan antara Sultan Mizan dan Ahmad Razif (gambar) akan berlangsung di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. - Gambar fail
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin esok bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menerusi kenyataan Pejabat Menteri Besar, pertemuan tersebut akan berlangsung di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Pertemuan itu dipercepatkan dari tarikh perancangan asal yang sepatutnya Rabu ini, bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14, selari dengan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa semalam.
"Sidang akhbar khas akan diadakan pada 11 pagi tarikh sama di Wisma Darul Iman," demikian menurut kenyataan tersebut.
Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan masing-masing empat disandang BN dan PAS.
BN menang 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri manakala PAS (14) dan PKR (satu).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abd Rahman
#Barisan Nasional
#bubar
#Kuala Terengganu
#pembubaran
#pilihan raya umum
#PRU14
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan