Budak dipukul gara-gara lekat gula getah pada bonet kereta

Budak dipukul gara-gara lekat gula getah pada bonet kereta
Video yang memaparkan kanak-kanak itu dipukul setelah didakwa melekatkan gula-gula getah pada bonet sebuah kereta. -Video tular
TAIPING: Seorang kanak-kanak dipukul setelah didakwa melekatkan gula-gula getah pada bonet sebuah kereta.

Video kejadian yang tular sejak Isnin itu dikatakan berlaku di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Taiping.

Rakaman video itu memaparkan seorang lelaki dewasa memukul seorang kanak-kanak lelaki berulang kali di bahagian tengkuk.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Suprintenden Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menerima aduan pada jam 8.30 malam daripada seorang pengadu yang melihat video itu di sebuah laman Facebook.

"Melalui video tersebut, dipercayai kejadian berlaku di Rumah Kanak-Kanak Taiping, Jalan Stesen Hulu, Taiping, Perak. Pengadu berasa tidak puas hati kerana perbuatan tersebut sepatutnya tidak berlaku dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan sepatutnya.

"Melalui video yang dipaparkan menunjukkan suspek telah memukul mangsa menggunakan tangan beberapa kali di bahagian belakang tengkuk mangsa kerana dipercayai mangsa melekatkan gula getah pada kereta suspek.

"Dipercayai mangsa menginap di rumah kanak-kanak tersebut," menurutnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, siasatan telah dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Tag: gula-gula getah, rumah kebajikan kanak-kanak, Razlam Ab Hamid, Rumah Kanak-Kanak Taiping, belakang tengkuk, kereta suspek, bonet kereta


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.