awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak dua tahun maut dipercayai didera fizikal dan seksual

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
11/09/2019
04:53 MYT
Budak dua tahun maut dipercayai didera fizikal dan seksual
kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar jam 2 pagi selasa selepas tidak sedarkan diri sebelum Pegawai perubatan yang menggendalikan kes berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR). - Foto Astro AWANI
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera fizikal dan seksual oleh pengasuh dan suami pengasuhnya di sebuah rumah, di Kandang Melaka semalam.
Difahamkan, kanak-kanak malang yang sebelum ini dibesarkan oleh ibu saudaranya itu baharu dua bulan diserahkan kepada pasangan suami isteri berkenaan.
Menurut sumber, kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka sekitar jam 2 pagi selasa selepas tidak sedarkan diri sebelum Pegawai perubatan yang menggendalikan kes berkenaan cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR).
“Bagaimanapun, bantuan CPR berkenaan tidak berjaya dan mangsa disahkan meninggal dunia selain terdapat kesan parut di bahagian kepala dan paha.
“Sebelum ini mangsa sejak kecil dipelihara oleh ibu saudaranya. Bagaimanapun wanita itu ke Terengganu atas urusan kerja dan terpaksa menyerahkan sementara kepada pasangan suami isteri ini sejak hujung julai lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pasangan suami isteri masing-masing berusia 45 dan 36 tahun itu telah ditahan pada sebelah malam tadi.
“Kita masih menunggu laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu yang dijalankan hari ini di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
“Kes disiasat mengikut seksyen Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan the Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.
Topic Berkaitan
#bantuan pernafasan
#Hospital Melaka
#jabatan perubatan forensik hospital melaka
#Kanak-kanak
#kandang melaka
#kematian
#mangsa
#penderaan
#pengasuh
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan