Sebuah keluarga dari Peringat di sini trauma apabila mendakwa anak mereka diliwat seorang warga emas yang juga merupakan saudara mereka sendiri.
Kata ibu mangsa, semuanya bermula dengan mangsa yang berusia lima tahun diumpan dengan seutas jam tangan oleh suspek yang berusia sekitar 60an.
Kejadian dikatakan berlaku pada 20 Julai lalu, apabila anak kedua daripada tiga beradik itu pulang dalam keadaan menangis teresak-esak sebelum mengadu sakit pada bahagian dubur.
Dengan umpanan jam itu, mangsa berkata dia telah diajak ke satu kawasan semak di kampung mereka sebelum mendakwa diliwat.
Ibu mangsa kemudian merujuk mangsa kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, doktor pakar di hospital terbabit kemudiannya mengesahkan kanak-kanak malang itu mengalami tusukan sedalam antara 40 hingga 50 sentimeter di bahagian dubur.
Susulan itu juga satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Binjai.
Menurut ibu mangsa, apa yang dia mahukan ketika ini adalah keadilan buat anaknya.
“Ketika ini saya hendak tahu (tindakan pihak polis), sebab kita ada bukti, macam mana kes anak saya ini? Saya orang kampung, orang susah, saya hendak tuntut keadilan,” kata ibu mangsa.
Walaupun kes ini sedang diuruskan pihak berkuasa, sejarah hitam itu nyata membuatkan keluarga ini trauma.
“Ketika ini kesihatan anak saya Alhamdulillah tapi perwatakannya banyak berubah, memang berubah macam memberontak. Dengan adik-adiknya dia kacau. Dulu dia tidak kisah sangat,” kata ibunya lagi.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Baharom Abu Bakar ketika dihubungi menjelaskan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (hubungan luar tabii tanpa izin).
Suspek telah ditahan pada 9 Ogos lepas dan dibebaskan pada 11 Ogos dengan jaminan polis atas faktor usia.
Jelasnya, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan juga suspek sebelum di bawa ke Timbalan Pendakwaraya.
Muhafandi Muhamad
Sat Aug 13 2016
Menurut ibu mangsa, anaknya diumpan dengan jam tangan sebelum diajak ke satu kawasan semak. - Foto Astro AWANI
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Budak lima tahun dakwa diliwat saudara sendiri
Sebuah keluarga dari Peringat di sini trauma apabila mendakwa anak mereka diliwat seorang warga emas yang juga merupakan saudaranya.