Budaya bermasyarakat di kampung yang masih utuh dalam kalangan penduduk Kampung Parit Bugis di sini memperlihatkan teladan baik dan nilai murni kepada generasi muda menerusi program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2018.
Peserta program itu, Nur Fadzliani Ibrahim, 27, berkata pengalaman di kampung itu amat bermakna kerana banyak perkara yang dipelajari terutamanya jati diri masyarakat Jawa yang masih menebal dalam kalangan masyarakat kampung itu.
"Program ini mengeratkan silaturahim di samping banyak pengetahuan boleh kita dapati seperti cara untuk bergaul dalam suasana masyarakat yang harmoni, sopan santun dan berbudi bahasa dalam sebuah masyarakat kampung.
"Kebiasaannya orang muda malu untuk bercampur dengan masyarakat tetapi bila tinggal bermasyarakat di kampung ini kami dapat mendekati dan berkenalan satu sama lain," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Sabtu.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu menutup program anjuran Jabatan Penerangan itu melibatkan seramai 132 peserta dari institusi pengajian tinggi awam seluruh negara yang berkampung selama empat hari bersama 24 keluarga angkat.
S. Kiran, 19, berkata, program Pewaris Muda itu membolehkan ramai peserta yang datang dari kawasan bandar dapat mempelajari pelbagai perkara baharu apabila tinggal di kampung selain melihat keramahan dan keprihatinan masyarakat di situ.
"Bukan selalu kami dapat peluang seumpama ini dan kami berasa seronok dapat melakukan aktiviti bersama-sama sepanjang program berlangsung," katanya.
Sementara itu, Zam Nur Aishah Zamzuri,19, berkata, ini merupakan kali pertama beliau menyertai program seumpama itu dan mengakui teruja dapat menikmati suasana desa selain merasai makanan tradisi Jawa seperti Nasi Ambeng dan menonton persembahan Barongan.
"Kampung ini sangat menarik, saya gembira sepanjang berada di sini bersama rakan-rakan lain, mereka semuanya peramah dan menerima kehadiran kami dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata program yang masuk tahun ke-16 penganjurannya itu dapat membentuk jati diri peserta di samping memberi peluang kepada mereka mendalami ilmu kepimpinan dan memperkasakan budaya rakyat melalui aktiviti khidmat masyarakat.
"Matlamat utama penganjuran program ini ialah untuk menyemai semangat patriotisme, perpaduan dan nilai murni melalui gaya hidup dan memupuk semangat jati serta cintakan negara dalam kalangan peserta di samping membentuk sahsiah pemimpin masa depan yang berkualiti dan berwibawa," katanya.
Beliau berkata program seumpamanya dapat membentuk rangkaian generasi muda yang dapat membantu dalam penyebaran dasar kerajaan kepada rakyat pelbagai lapisan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018
Peserta program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2018 bergambar bersama Syed Saddiq di Kampung Parit Bugis, Muar, 10 Nov, 2018. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Penduduk bandar di Malaysia dijangka meningkat kepada 84 peratus pada 2040
Setiap bandar perlu mengambil tindakan segera dalam memerangi perubahan iklim yang bukan sahaja melanda Malaysia malah seluruh dunia juga.
Kerajaan akan pastikan mekanisme pemberian subsidi petrol sesuai dan mudah di bandar, luar bandar - Tengku Zafrul
Kerajaan masih menguji mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar untuk memastikan sistem yang akan diguna pakai sesuai dan mudah di kawasan bandar dan luar bandar.
Pembangunan bandar yang holistik perlu kefahaman semua pihak
Usaha-usaha tersebut sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang sama oleh semua pihak dapat membangunkan bandar-bandar di negara ini setanding bandar di luar negara.
Negeri Sembilan, Melaka, Perlis catat skor tinggi bandar Bahagia
Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis tersenarai oleh PLANMalaysia sebagai negeri 'Bahagia'.
Penjagaan, pengurusan pokok di kawasan bandar perlu penglibatan semua pihak
Fungsi sebenar pokok-pokok di bandar tidak hanya berkisar sebagai elemen hiasan atau bersifat kosmetik semata-mata.
Projek infrastruktur mega perlu digerakkan untuk rancakkan pertumbuhan ekonomi - Pakar
Ia jadi pendorong kepada pengusaha luar bandar untuk menghasilkan dan memasarkan produk mereka di bandar dan melangkauinya.
Perlu sistem 'safeguard' elak manipulasi politik, persempadanan tidak adil - Pengasas Undi18
Tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah, satu sistem safeguard perlu dilaksanakan bagi mengelakkan manipulasi persempadanan.
15 PBT dijangka capai status neutral karbon menjelang 2050
Pelan induk tersebut memperkenalkan pendekatan 3M iaitu measurement (pengukuran), management (pengurusan) dan mitigation (pengurangan) khusus bagi pentadbir dan perancang bandar.
Naik taraf gelandangan melalui program pertanian bandar - Annuar Musa
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membangunkan ladang berkonsepkan urban farming (pertanian bandar) bagi meningkatkan taraf hidup gelandangan di bandar.