awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
Najib fail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman 1MDB
[TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka semula ZAB, JPAM dan Rela sedia bantu kawal keselamatan - Shahidan

Bernama
Bernama
30/01/2016
09:52 MYT
Buka semula ZAB, JPAM dan Rela sedia bantu kawal keselamatan - Shahidan
Penarikan balik ZAB telah menjejaskan perniagaan dan pelancongan di situ menyebabkan pekan kecil di kawasan paling utara Perlis itu yang biasanya menerima hampir 10,000 pengunjung pada setiap hujung minggu kini menjadi suram. -fotoBernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mahu kerajaan pusat membuka semula Zon Aliran Bebas (ZAB) di Wang Kelian dan agensi berkaitan dikerah membantu pihak berkuasa mengawal kawasan sempadan itu.
"Saya berharap ZAB yang ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) 1 April tahun lepas atas alasan keselamatan, dapat dibuka semula selewat-lewatnya sebulan dari sekarang.
"Pembukaan ZAB dapat menyumbang pembangunan ekonomi Perlis selain menggalakkan pelancongan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada warga emas, orang kurang upaya, anak yatim dan ibu tunggal dalam Parlimen Arau di pusat khidmatnya di Kubang Gajah di sini hari ini.
Baru-baru ini, Duta Thailand ke Malaysia Damrong Kraikruan turut menyarankan agar kerajaan Malaysia menghidupkan semula ZAB di Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian.
Zon tersebut memberikan kemudahan kepada rakyat kedua-dua negara bebas keluar masuk pada jarak satu kilometer dari pintu sempadan masing-masing pada hari diadakan pasar minggu iaitu Sabtu dan Ahad di Wang Kelian dan Wang Prachan, Thailand.
Penarikan balik ZAB telah menjejaskan perniagaan dan pelancongan di situ menyebabkan pekan kecil di kawasan paling utara Perlis itu yang biasanya menerima hampir 10,000 pengunjung pada setiap hujung minggu kini menjadi suram.
Shahidan yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata KDN masih mempunyai alternatif untuk membuka semula ZAB walaupun isu keselamatan terutamanya penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadi keutamaan.
"Kita boleh mengerahkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membantu agensi penguatkuasa mengawal di darat manakala Maritim Malaysia di laut.
"Saya amat bersimpati dengan nasib peniaga di Wang Kelian kerana terpaksa menutup perniagaan dan mencari pekerjaan lain," kata Shahidan yang kecewa kerana masalah penyeludupan di sempadan masih berlaku.
Sehubungan itu, beliau mahu keberkesanan agensi penguatkuasa di sempadan dikaji semula termasuk menukar anggota setiap bulan.
Katanya beliau akan sekali lagi memohon kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menimbang untuk membuka semula ZAB.
Topic Berkaitan
#Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian
#Shahidan Kassim
#Wang Prachan
#zab
#Zon Aliran Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan