awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan mudah untuk ahli parlimen UMNO sertai Bersatu - Tun Dr Mahathir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
30/10/2018
05:19 MYT
Bukan mudah untuk ahli parlimen UMNO sertai Bersatu - Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, bukan mudah untuk ahli UMNO terutama ahli parlimen dari parti itu untuk diterima masuk ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, bukan mudah untuk ahli UMNO terutama ahli parlimen dari parti itu diterima masuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau yang juga Pengerusi Bersatu berkata, ahli UMNO perlu melalui jalan sukar sama seperti dilalui Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Setakat ini, kita tetap dengan syarat-syarat bahawa mana-mana antara mereka yang mahu menyertai Bersatu, mereka perlu meninggalkan UMNO, menjadi bebas, dalam satu tempoh tertentu dan barulah boleh memohon untuk menjadi ahli parti kami. Ia bukan satu perkara yang mudah untuk mereka.
"Sebagai contoh, Datuk Seri Mustapa yang menjadi ahli parlimen bebas dalam satu tempoh sebelum permohonannya untuk menjadi ahli Bersatu diterima dan diluluskan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Anti-Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuhan Ekonomi Mampan di sini hari ini.
Beliau pada masa sama, tindakan membawa masuk ahli-ahli UMNO menyertai Bersatu tidak sama sekali melibatkan unsur rasuah mahupun politik wang.
Pada 18 September lalu, Mustapa Mohamed mengumumkan keluar daripada UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu.
Bekas Pengerusi UMNO Kelantan itu kemudian menyertai Bersatu selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir, pada Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
#Bersih
#ekonomi
#integriti
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Media
#menteri
#Mustapa Mohamed
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#politik
#PPBM
#Rasuah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan