awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen: Kemasukan murid enam tahun tidak ubah struktur pendidikan - Fadhlina
Parlimen: Murid enam tahun bukan 'tikus makmal' - Fadhlina
Penyokong kecewa, pemain Man City bayar semula tiket di Bodo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan sahaja artis, mufti juga jadi mangsa

Syakirah Zulkifly
Syakirah Zulkifly
17/04/2018
06:02 MYT
Bukan sahaja artis, mufti juga jadi mangsa
Terdapat satu akaun Instagram palsu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menggunakan nama 'zulkifpetek' serta gambar-gambarnya. - BERNAMA/Fail
Isu penyalahgunaan akaun palsu di laman media sosial bukan perkara yang luar biasa bagi golongan artis dan selebriti.
Namun kini, bukan sahaja mereka yang terkesan dengan isu tersebut, malah mufti juga tidak terkecuali menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan gambar mereka.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri mempunyai satu akaun Instagram palsu yang menggunakan nama 'zulkifpetek' serta gambar-gambarnya.
"Kami dapat mengesan satu akaun Instagram palsu @zulkifpetek yang dibuat empat minit lalu dan menggunakan gambar-gambar Datuk Mufti. Sila berhati-hati," menurut pengendali akaun rasmi Instagram Zulkifli pada Isnin malam.
[ADMIN] Kami dapat mengesan satu akaun Instagram palsu @zulkifpetek yang dibuat 4 minit lalu dan menggunakan gambar² S.S. Datuk Mufti. Sila berhati-hati.
A post shared by Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri (@drzulkifli.albakri) on
Apr 16, 2018 at 7:34am PDT
Rata-rata netizen memberi komen negatif dan menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak beradab.
"Mufti pun sanggup dianiaya, apa lah nak jadi sekarang ni," kata salah seorang pengikut Zulkifli, @Itaarshad di ruangan komen.
"Dah delete agaknya, saya doakan moga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada Dr dan perjalanan dakwah Dr sentiasa dalam lindungan Allah, Amin," kata seorang lagi pengikut, @Rashidahsupian.
Susulan itu, akaun tersebut yang sudah mempunyai sembilan gambar dan dua orang pengikut berkenaan telah dipadamkan.
Topic Berkaitan
#akaun palsu
#Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Instagram
#media sosial
#Mufti Wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan