awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keberkesanan amaran bencana, pendakwaan syariah antara tumpuan Dewan Rakyat
Sekurang-kurangnya enam maut ketika ribut musim sejuk lumpuhkan AS
Bangladesh kecam India susulan ucapan awam pertama bekas PM Hasina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bukan TB atau Leptospirosis' - Dr Dzulkefly jelas punca jangkitan Kuala Koh belum diketahui

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/06/2019
10:24 MYT
'Bukan TB atau Leptospirosis' - Dr Dzulkefly jelas punca jangkitan Kuala Koh belum diketahui
Dr Dzulkefly menyantuni Orang Asli kaum Batek di kawasan perpindahan ketiga, di Kampung Orang Asli Kuala Koh. Foto KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan sedikit masa lagi untuk mengetahui punca penyakit yang menyerang masyarakat Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh, di sini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata apa yang pasti penyakit yang dihidapi oleh mangsa Asli itu bukannya Tuberculosis (TB) dan Leptospirosis.
"Belum dapat secara muktamad, kami perlu kenal pasti punca. Kita teruskan dengan ujian.
"Saya sangkal ia penyakit TB. Puncanya kemungkinan besar disebabkan bakteria, (tapi) kita tunggu keputusan untuk kenal pasti secara muktamad sama ada bakteria atau virus. Pastinya perlu kepada isolasi," kata Dr Dzulkefly.
Katanya penyakit berkenaan merupakan jenis yang berjangkit yang menyebabkan gangguan kepada pernafasan.
Katanya lagi, disebabkan penyakit berkenaan masih tidak diketahui punca, pihaknya menempatkan masyarakat Asli Batek di situ dalam kawasan pengasingan dengan jarak 3 kilometer serta mengehadkan kunjungan dari luar.
Dalam pada itu, pihaknya juga bersedia melakukan bedah siasat ke atas mayat sekiranya terdapat keperluan dan permintaan.
Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy memaklumkan 14 kematian Orang Asli dilaporkan ketua masyarakat di situ bermula 2 Mei hingga 7 Jun akibat penyakit berkenaan.
Sehingga kini, masih terdapat 47 mangsa yang menerima rawatan, masing-masing 37 di Hospital Gua Musang, 12 di Hospital Kuala Krai, termasuk seorang kanak kanak berusia 3 tahun yang masih kritikal dan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2.
Topic Berkaitan
#Bakteria
#Dzulkefly Ahmad
#Gua Musang
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#leptospirosis
#orang asli batek
#salur pernafasan
#tuberculosis
#Waytha Moorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan