awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukti kewujudan Hang Tuah masih belum dijumpai - Nazri

Bernama
Bernama
20/05/2016
01:10 MYT
Bukti kewujudan Hang Tuah masih belum dijumpai - Nazri
MOHAMED NAZRI: Dalam manuskrip Melayu, watak Hang Tuah tercatat dalam teks Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Tuhfat al-Nafis. -Gambar fail
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengesahkan bukti arkeologi yang mengaitkan kewujudan Laksamana Hang Tuah masih belum dijumpai pakar.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kajian arkeologi yang dijalankan Jabatan Warisan Negara hanya menemui artifak yang boleh dikaitkan dengan kewujudan Kota Melaka.
"Kajian selanjutnya mengenai sejarah Melaka sentiasa mendapat perhatian jabatan ini dan akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.
Beliau menjawab pertanyaan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) berhubung kewujudan Laksamana Hang Tuah pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
BACA: Ketua Menteri Melaka kesal Hang Tuah masih ditolak tanpa bukti kukuh
Menurut Mohamed Nazri pihak Perpustakaan Negara turut menjalankan usaha penyelidikan atas sumber dokumen tempatan seperti Manuskrip Melayu dan dokumen luar bagi mencari bukti kebenaran kewujudan Hang Tuah.
"Dalam manuskrip Melayu, watak Hang Tuah tercatat dalam teks Hikayat Hang Tuah, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Tuhfat al-Nafis.
Selain itu watak Hang Tuah juga terdapat dalam dokumen-dokumen luar negara seperti Rekidai Hoan dari Jepun, Vijayanagara (India), The Commentaries of The Great Alfonso de Albuquerque: Second Viceroy of India (Portugis) dan Dokumen Ming Shi (China)," katanya.
Mohamed Nazri berkata majoriti sarjana tempatan bersepakat bahawa Makam Hang Tuah terletak di Tanjung Keling, Melaka manakala keris Taming Sari kini menjadi sebahagian dari regalia Diraja Perak.
"Kisah berkaitan Hang Tuah telah sebati dalam masyarakat Melayu serta telah menjadi Warisan Kebudayaan Tidak Ketara melalui tradisi lisan, pantun, pepatah dan sebagainya," katanya.
Topic Berkaitan
#Hang Tuah
#kementerian pelancongan
#Melaka
#Nazri Aziz
#sejarah melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan