awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buku pengikut Tarekat Tarjani punca solat dua imam serentak

Bernama
Bernama
07/07/2014
13:28 MYT
Buku pengikut Tarekat Tarjani punca solat dua imam serentak
MUFTI KELANTAN: Jemaah ulama telah pun melarang penggunaan buku tersebut.
Kejadian solat dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti di Kelantan dipercayai berpunca daripada sebuah buku yang dipegang oleh pengikut ajaran Tarekat Tarjani di situ, yang kandungannya didakwa bercanggah dengan ajaran Islam.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, hasil perbincangan antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bersama kumpulan ajaran tarekat tersebut mendapati para penduduk enggan mengikuti solat berjemaah oleh kumpulan itu sehingga mereka membentuk jemaah solat baharu.
"Pihak MAIK mendapati kumpulan tersebut menggunakan sebuah buku yang kandungannya bercanggah dengan ajaran Islam dan jemaah ulama telah pun melarang penggunaan buku tersebut," katanya semasa dihubungi Bernama Isnin.
Sebuah akhbar harian tempatan hari ini melaporkan terdapat dua saf ketika solat fardhu dan tarawih di Masjid Pondok Banggol Stol, sejak 3 Julai lepas.
Akhbar tersebut dipetik melaporkan, perbezaan fahaman agama Islam ini membawa percanggahan pendapat seterusnya berlaku kejadian perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.
Perebutan saf hadapan ini menyebabkan sekumpulan jemaah yang lain solat di belakang jemaah pertama.
Walau bagaimanapun katanya, perkara ini diserahkan kepada Maik dan pihak yang berkaitan untuk siasatan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Mohamad Shukri berkata, kejadian solat dua imam serentak dalam satu masjid tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
Katanya, bulan Ramadan sepatutnya menjadi platform untuk umat Islam bersatu dan bukannya menimbulkan perpecahan sehingga membawa kepada kejadian ini.
Tindakan para penduduk di situ juga dilihat terlalu mengikut emosi sehingga sanggup melanggar hukum agama.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#MAIK
#Masjid Pondok Banggol Stol
#solat dua imam
#Tarekat Tarjani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan