awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Heart: SPRM periksa, geledah pejabat dan kediaman pengurusan tertinggi IJM
Sekolah Rintis Bangsa Johor penanda aras baharu pendidikan negeri - Onn Hafiz
Murid masuk Tahun Satu usia enam tahun, tamat sekolah umur 16 tahun - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumbung bangunan SMK Derma berusia 71 tahun runtuh

Salim Aziz
Salim Aziz
05/07/2020
03:40 MYT
Bumbung bangunan SMK Derma berusia 71 tahun runtuh
Bangunan Blok C di SMK Derma ini ditutup susulan kejadian bumbung runtuh semalam. Foto Astro AWANI
Sebahagian bumbung bangunan blok C di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma di sini runtuh, dipercayai berpunca daripada keadaan struktur yang sudah lama rosak dan reput, akibat dimakan anai-anai.
Kejadian pada 12.20 tengah hari Sabtu itu, disedari pengawal keselamatan sebelum memaklumkan perkara itu kepada pengetua sekolah.
Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Mohammad Abd Ghani berkata, kawasan yang terjejas hanya melibatkan bilik mesyuarat sekolah.
Katanya, kejadian berlaku pada hari cuti minggu persekolahan dan tidak melibatkan kemalangan jiwa mana-mana pihak.
Sebagai langkah awal jelasnya, pihak sekolah memasang pita keselamatan setelah mendapat nasihat dari Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Selepas kejadian tu, pihak JKR telah turun dan JKR elektrik telah memutuskan talian elektrik. Sekarang, kita telah maklumkan kepada bahagian aset Kementerian Pendidikan diambil tindakan.
"Yang penting, semasa kejadian itu tidak berlaku apa-apa dan semuanya selamat. Jadi, untuk sesi persekolahan esok, bangunan ini akan ditutup dulu," katanya.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Menurut Mohammad, pihak Kementerian Pendidikan juga sudah dimaklumkan untuk tindakan susulan.
Setakat ini, pihak JKR dilapor masih membuat tafsiran kerugian.
Difahamkan, sesi persekolahan bagi pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam yang bermula sejak 24 Jun lepas, akan berjalan seperti biasa.
Bangunan blok C yang dibina pada tahun 1949 itu telah diiktiraf dan diwartakan sebagai bangunan warisan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Topic Berkaitan
#bumbung
#cuti sekolah
#JKR
#JPN Perlis
#Kangar
#kemalangan
#Kementerian Pendidikan
#kerugian
#Mohammad Abd Ghani
#pelajar
#pengawal keselamatan
#pita keselamatan
#runtuh
#sekolah
#tutup bangunan
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan