DATUK Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tampil memberi penjelasan mengenai bentuk sebenar bumi seperti yang menjadi keraguan segelintir pihak.
Menurut Sheikh Muszaphar, sebagai Angkasawan Islam yang kesembilan menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menceritakan fakta sebenar.
Atas nama Allah, doktor bedah ortopedik itu berkata, catatan yang dikongsi merupakan apa yang datang dari hatinya.
Sekalipun tidak merujuk kepada mana-mana pihak, namun penjelasan Sheikh Muszaphar itu dipercayai sebagai menyahut cabaran penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang mencabar Angkasawan Negara itu untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi berbentuk bulat sfera.
Bercerita pengalaman selama 12 hari pada 2007, Sheikh Muszaphar berkata, beliau terlalu kagum melihat angkasa lepas ciptaan Allah sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Sheikh Muszaphar berkata, berdasarkan pengalaman di angkasa lepas, beliau melihat bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, geo-sfera selain tertumpu di kutub dan membonjol di garisan Khatulistiwa.
"Bentuknya bukan seperti bola, lebih seperti telur. Setiap orang harus ke angkasa lepas jika diberi peluang.
"Ia mengubah perspektif anda mengenai kehidupan secara total, menjadikan anda lebih yakin dengan Pencipta. Pengalaman (di angkasa lepas) sangat mengagumkan dan spektakular.
"Sukar sebenarnya untuk mengubah pemikiran golongan ‘flat earth’ (yang mempercayai bentuk bumi ini rata). Tetapi saya di sini berkongsi pengalaman terhadap apa yang saya lihat," kata Sheikh Muszaphar dalam entri yang dimuat naik pagi Jumaat.
Suhaimi dalam entri di laman Facebook baru-baru ini mencabar Sheikh Muszaphar untuk bersumpah dengan memperakui bahawa bentuk bumi itu sememangnya sfera dan bukanlah rata seperti yang dibincangkan hebat oleh kebanyakan ilmuwan dunia.
Status Suhaimi itu menyebabkan dia dikecam teruk oleh netizen.
Sementara itu, penjelasan Sheikh Muszaphar juga diikuti dengan cerita pengalaman mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari.
"Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr.
"Laungan Azan kedengaran seketika. Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Ilahi. Melihat Bumi dengan mata sendiri. Degupan jantung berhenti seketika.
"Meremang Bulu Roma. Mata tidak terkebil melihat kebesaran Maha Pencipta. Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas," katanya lagi.
Astro Awani
Fri Feb 15 2019
DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR jawab keraguan segelintir pihak mengenai bentuk bumi. - Gambar Instagram Dr. Sheikh Muszaphar
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Apakah itu di langit? Ini 5 cara terbaik untuk melihat meteor
Hujan meteor merupakan objek angkasa lepas yang bergerak di antara planet dan melintasi atmosfera Bumi.
PKP: Pengalaman saya di angkasa mampu dijadikan panduan - Sheikh Muszaphar
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, berkata pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas pada tahun 2007 boleh dijadikan panduan untuk rakyat.
Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai
Batu angkasa berais dinamakan Ultima Thule itu, kelihatan seakan kacang, terletak di tengah-tengah Kuiper Belt di sekeliling orbit planet Neptun.