awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bung Moktar dan Zizie dijangka didakwa hari ini

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2019
22:32 MYT
Bung Moktar dan Zizie dijangka didakwa hari ini
Kedua-dua mereka ditahan selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra Rabu lalu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Ahli Parlimen Kinabatangan dan Bekas Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette A. Samad hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi berhadapan tuduhan berkaitan rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini berkata pasangan itu bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.
Rabu lalu, SPRM menahan Bung Moktar pada jam 10.50 pagi di pejabat SPRM Sabah.
Manakala Zizie, yang juga seorang pelakon, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11.15 pagi, hari yang sama.
BACA: SPRM dapat izin dakwa Bung Moktar dan Zizie
Kedua-dua mereka ditahan selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra.
Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Bung Moktar dilantik sebagai pengerusi agensi itu pada Julai 2013 dan meletak jawatan pada 1 Jun 2018.
Peletakan jawatan adalah susulan kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pada Pilihan RayaUumum ke-14 Mei tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kinabatangan
#Mahkamah Sesyen
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan