Seorang pegawai wanita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan rakan serumahnya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh bayi berusia 23 bulan.
Mengikut kertas pertuduhan, Pegawai Jakim, Nor Aisyah Mohd Yunus, 37 (ibu kepada bayi itu) dan Noor Aisyah Ibrahim, 33, seorang pegawai pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Alfateh Hamdi di sebuah rumah di Jalan P5A/5 Fasa 5R4, Presint 5, Putrajaya, di antara pertengahan bulan Sept 2019 sehingga 4 Nov 2019.
Tiada pengakuan diambil daripada kedua-dua wanita itu.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Majistret Shah Wira Abdul Halim memerintahkan kedua-dua wanita itu dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan pakar.
Terdahulu, peguam Najib Zakaria yang mewakili Nor Aisyah membuat permohonan untuk merujuk wanita itu ke Hospital Bahagia untuk penilaian psikiatri.
Najib, yang juga menyebut bagi peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Noor Aisyah membuat permohonan sama untuk merujuk Noor Aisyah ke hospital untuk penilaian psikiatri.
Najib juga memberitahu mahkamah bahawa beliau akan memfailkan permohonan jaminan dibawa Seksyen 388 Kanun Keseksaan pada tarikh yang akan datang.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi.
Majistret Shah Wira menetapkan 18 Disember ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 15 2019
Seorang pegawai wanita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan rakan serumahnya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh bayi berusia 23 bulan. - Foto BERNAMA
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Bunuh bayi, dua wanita termasuk seorang pegawai Jakim didakwa
Seorang pegawai wanita Jakim dan rakan serumahnya hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh bayi berusia 23 bulan.