awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
e-Invois fasa 4, STSDS fasa bermula esok, pemangkin reformasi percukaian digital negara
PM Albanese puji semangat rakyat Australia susulan serangan di Bondi Beach
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh kucing di dobi: Suspek terakhir direman

Bernama
Bernama
08/10/2018
07:49 MYT
Bunuh kucing di dobi: Suspek terakhir direman
Imej paparan skrin menunjukkan dua antara tiga suspek yang terbabit dalam membunuh seekor kucing bunting di dalam mesin pengering di sebuah kedai layan dobi di Taman Gombak Ria baru-baru ini. - YouTube
Seorang lagi suspek berhubung kes penderaan seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian dan dijumpai mati di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Batu Caves, ditahan reman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 41 tahun itu sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan berhubung kes bunuh kucing itu.
Siasatan terhadap lelaki yang merupakan pekerja kontrak itu dilakukan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan membunuh binatang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, suspek yang diwakili peguam Rajasurian Pillai masuk ke dalam bilik reman jam 10.15 pagi dan diiringi anggota polis dan keluar kira-kira 45 minit kemudian.
Difahamkan, polis menahan suspek di Seri Kembangan malam tadi selepas melarikan diri hampir sebulan selepas kejadian itu.
Pada 21 Sept lalu, dua rakannya, A. Mohanraj, 41, pemandu teksi dan S. S. Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan dengan kejam menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bunuh kucing
#dobi layan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan