Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap empat lelaki kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, lima tahun lepas.
Keempat-empat lelaki itu ialah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24, serta R. Kathavarayan, 35.
Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali, dalam keputusan sebulat suara, memutuskan bahawa sabitan terhadap mereka adalah kukuh.
Penghakiman dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Turut bersidang bersama panel itu ialah Hakim Datuk Seri Zakaria Sam.
Mereka menolak rayuan keempat-empat lelaki itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei 2013 yang mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka.
Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka dikatakan pergi ke Banting berhubung urus niaga jualan tanah.
Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar tempatan di seluruh negara.
Keempat-empat lelaki itu ditahan dan didakwa di mahkamah pada 2011.
Bernama
Fri Dec 04 2015
Tiga tertuduh kes pembunuhan Sosilawati, R Matan (dua kiri), T Thilaiyalagan (empat kiri) dan bekas peguam N Pathmanabhan (kanan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati. - Gambar Bernama
JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
Pertemuan penuh makna ibu bapa-anak di Madinah
Seorang anak yang bersyukur dapat bertemu ibu bapanya, jemaah haji Malaysia bagi musim tahun ini menganggap pertemuan mereka di Madinah sebagai sesuatu yang penuh bermakna apabila setahun tidak berjumpa di Malaysia.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
PM Singapura Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini
Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pendaftaran dalam talian dan fi diperkenalkan atasi kesesakan di Gunung Fuji
Wilayah itu menerima maksimum 4,000 pendaki sehari, 3,000 slot disediakan untuk tempahan secara dalam talian.
Serangan Israel keatas Palestin keterlaluan - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata serangan yang dilancarkan oleh Israel keatas Palestin sejak 7 Oktober lalu adalah keterlaluan.
Ada cubaan bawa kembali Resolusi Pemisahan Palestin 1947 oleh Israel - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor berpandangan ada cubaan oleh Israel dan sekutunya untuk membentangkan kembali Resolusi 181(ii) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai asas sempadan antara Palestin dan Israel. Jelasnya, Amerika Syarikat dilihat cenderung kepada idea ini dengan menghalang usaha untuk mengiktiraf Palestin sebagai anggota penuh PBB yang sedang berlangsung. #AgendaAWANI
Bunuh Sosilawati: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati empat lelaki
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap empat lelaki kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, lima tahun lepas
Keluarga Datuk Sosilawati lega keputusan mahkamah
Ahli keluarga Datuk Sosilawati dan tiga lagi mangsa bunuh lega apabila menerima keputusan mahkamah.