awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia dikosongkan susulan ancaman bom pagi Jumaat

Haider Yutim
Haider Yutim
30/09/2016
07:25 MYT
Bursa Malaysia dikosongkan susulan ancaman bom pagi Jumaat
Bangunan Bursa Malaysia di Bukit Kewangan, di sini hari ini terpaksa dikosongkan buat sementara selepas menerima satu ancaman bom kira-kira jam 12.01 tengahari.
Bangunan Bursa Malaysia di Bukit Kewangan, di sini hari ini terpaksa dikosongkan buat sementara selepas menerima satu ancaman bom kira-kira jam 12.01 tengahari.
Menurut kenyataan polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1 tengahari mengenai ancaman bom di bangunan tersebut.
Sejurus selepas itu, pasukan unit bom dan unit K9 bersama anjing pengesan tiba di lokasi pada kira-kira 1.20 tengahari untuk melakukan pemeriksaan.
Pada kira-kira jam 2.45 petang, polis memaklumkan tidak menemui sebarang objek berbentuk bom tetapi masih meneruskan pemeriksaan demi keselamatan pekerja dan orang awam.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajudin Atan memberitahu, urusniaga Bursa Saham diteruskan seperti biasa.
Namun, sehingga jam 3 petang, kakitangan dan orang ramai masih tidak dibenarkan menghampiri dan memasuki bangunan Bursa Malaysia.
Selepas pihak polis mengesahkan tiada bom di bangunan Bursa dan kawasan yang berhampiran, pekerja bangunan dibenarkan untuk kembali bertugas seperti biasa sekitar jam 3.25 petang.
Warga Bursa dan yang di sekitarnya diminta untuk memaklumkan pihak berkuasa sekiranyan terdapat objek mencurigakan.
Ikuti saluran Astro AWANI (Saluran 501) untuk perkembangan terkini mengenai ancaman bom di Bursa Malaysia.
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan