awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Butiran terperinci projek Pan Borneo diumum 20 Feb ini - Baru Bian

Bernama
Bernama
10/02/2020
20:50 MYT
Butiran terperinci projek Pan Borneo diumum 20 Feb ini - Baru Bian
Lim Guan Eng berkata, anggaran implikasi kewangan kepada kerajaan dengan penglibatan syarikat PDP sebelum ini ialah RM21.9 bilion manakala anggaran implikasi kewangan setelah tamatnya perjanjian PDP ialah sebanyak RM18.8 bilion. - Bernama
Kementerian Kerja Raya akan memaklumkan butiran terperinci termasuk kos sebenar projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak pada 20 Feb ini, kata menterinya Baru Bian.
"Kalau kos sebenar itu kita akan maklumkan selepas kementerian mengambil kuasa projek itu pada 20 Feb.
"Tunggu pengumuman saya... banyak perkara yang belum diperincikan lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge' di sini, pada Isnin.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata sebanyak RM3.1 bilion dapat dijimatkan berikutan penamatan perjanjian rakan pelaksana projek (PDP) projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak.
Lim berkata anggaran implikasi kewangan kepada kerajaan dengan penglibatan syarikat PDP sebelum ini ialah RM21.9 bilion manakala anggaran implikasi kewangan setelah tamatnya perjanjian PDP ialah sebanyak RM18.8 bilion.
Baru berkata beliau juga akan memaklumkan mengenai kemajuan kerja fizikal projek tersebut.
Katanya beliau diberitahu bahawa projek itu telah mencapai kemajuan kerja sebanyak 43 peratus.
"Bagaimanapun, saya perlu turun ke bawah untuk mendapatkan informasi termasuk dari perunding bebas dan saya akan umumkan (kemajuan projek) juga pada 20 Feb ini," katanya.
Sementara itu, Baru berkata penganjuran kali kedua acara 'Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge' di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pulau Pinang akan diadakan pada 4 Julai depan.
Katanya acara yang melibatkan peserta larian memakai kostum budaya masing-masing itu dapat mempamerkan budaya kaum di negara ini selain menggiatkan industri pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#menteri
#pelancongan
#Projek Pan Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan