Walaupun hanya menonton sedikit atau sebahagian daripada video serangan di Christchurch, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia memilih untuk berkongsi video berdurasi 17 minit itu.
Kaji selidik yang dilakukan syarikat kajian pasaran dalam talian, Vase.ai dengan kerjasama Astro AWANI, menunjukkan 16 peratus daripada mereka yang menonton sebahagian video serangan itu memilih untuk berkongsi.
Walaupun hanya 104 responden daripada 1,080 yang dikaji selidik memilih untuk berkongsi, angkanya tetap membimbangkan, kata Dr Abdul Rauf Ridzuan.
Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka itu melihat kegagalan kawalan kandungan oleh pengendali media sosial menjadi punca.
“Syarikat atau penyedia platform media sosial memang gagal untuk memastikan kualiti dan nilai kandungan kerana kita boleh lihat banyak bahan-bahan kandungan yang tidak baik atau salah yang dikongsi dan berjaya disebarkan pengguna-pengguna kita.
“Namun, saya kena puji rakyat Malaysia kerana hanya cuma 18 peratus sahaja yang telah mengongsikannya dan rata-rata responden tidak berkongsikannya.
“Bagaimanapun, untuk mengelakkan benda buruk atau peningkatan pada masa akan datang, kempen kesedaran, nasihat dan pemantauan perlu terus dilaksana dan diperluaskan,” katanya kepada Astro AWANI.
Menerusi kaji selidik itu juga, 65 peratus bersamaan 644 responden pernah menonton video serangan tersebut.
Daripada julah itu, 21 peratus (208 responden) menonton keseluruhan video itu, manakala 44 peratus (436 responden) hanya menonton sebahagian daripadanya.
Malah, majoriti antara mereka iaitu 83 peratus (536 responden) turut menyifatkan video serangan tersebut menjelikkan.
Justeru, Rauf melihat peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) amat penting pada ketika ini.
“SKMM perlu terus memainkan peranan mereka dalam mengawal dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia.
“Mereka bukan setakat memantau dan mengawal malah mereka juga perlu adakan kempen kesedaran yang perlu diperluas berkenaan akan bahaya, buruk dan salah guna media sosial,” tegasnya.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Mar 30 2019
Serangan di dua buah masjid di Christchurch meragut 50 nyawa, dengan salah seorang daripadanya adalah remaja rakyat Malaysia. - Foto Fail
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
66 peratus rakyat Malaysia bantah kenaikan SST - Kaji selidik UCSI
Kaji selidik dilakukan Pusat Penyelidikan Undian UCSI University mendapati 66 peratus rakyat Malaysia menentang kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Petronas petakan potensi hidrokarbon berhampiran Lembangan Langkasuka
Kaji selidik yang sedang dijalankan itu telah dimulakan pada Oktober 2023 dan dijangka tamat pada akhir Disember tahun ini.
PRK Pelangai: Wan Rosdy, Allahyarham Johari Harun popular - Kaji selidik ahli akademik
Kaji selidik ini dilakukan melibatkan 1,722 responden yang ditemubual secara bersemuka antara 29 September hingga 2 Oktober lalu.
Terdapat peningkatan sokongan terhadap PH-BN di Kedah dan Kelantan - Rafizi
Terdapat peningkatan sokongan pengundi Melayu di Kedah dan Kelantan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas seminggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.
Kajian Pengundi Melayu Selangor: 42 peratus pilih PH, 33 peratus pilih PN - EMGC
Dapatan kaji selidik itu juga menunjukkan 15 peratus responden memilih Barisan Nasional sementara satu peratus memilih MUDA.
#SuaraMalaysia: 53 peratus responden pilih prasekolah kerajaan
Setakat Jumaat jam 7.48 malam, kaji selidik menunjukkan, daripada sejumlah 146 responden, 53 peratus memilih prasekolah kerajaan.
10 fakta penting mengenai penggunaan AI dalam organisasi
AI Generatif sedang mengubah paradigma, dan risiko sekitar kes penggunaan tertentu akan terus timbul.
100 Hari Kerajaan Perpaduan: Rakyat gesa segera selesai lima isu utama - Kaji selidik
Seramai 56 peratus responden mahu isu pendidikan diberi perhatian segera.
"Kalau nak popular, baik saya masuk Gegar Vaganza" - Rafizi Ramli
Kata Rafizi, sebagai Menteri Ekonomi, tugas beliau ialah memperbaiki struktur, bukannya mengejar populariti.