awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacing dalam tin sardin: Tiada sesiapa jadi mangsa

Isabelle Leong, Wafa Aula
Isabelle Leong, Wafa Aula
27/06/2018
21:07 MYT
Cacing dalam tin sardin: Tiada sesiapa jadi mangsa
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi NBCT pada 14 Mei lalu. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada sesiapa yang menjadi mangsa berikutan isu cacing dalam tin sardin yang diimport dari China.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah pencegahan telah diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang.
"Memang kita telah sahkan ia merupakan tin sardin dari negara China dan maklum mengenai jenama tin sardin tersebut.
"Kita telah ambil tindakan untuk tidak import sardin dari China," katanya ketika ditemui pada satu sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Terdahulu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang pada 14 Mei lalu.
BACA: Cacing sebabkan penyakit dijumpai dalam sampel tin sardin dari China
Topic Berkaitan
#cacing
#China
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kesihatan
#Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
#KKM
#tin sardin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan