Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia menimbang cadangan menggunakan dron untuk kerja-kerja penanaman padi di negara ini, kata timbalannya menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata penggunaan dron dapat membantu para petani meningkatkan pengeluaran hasil padi di samping mengurangkan penggunaan kos, masa dan tenaga buruh.
Katanya dron itu boleh digunakan untuk menabur benih, baja dan racun padi serta mendapatkan data mengenai tanah sawah sekiranya padi diserang penyakit bagi membolehkan tindakan awal diambil.
"Baru-baru ini saya mengadakan lawatan kerja ke China dan saya diperkenalkan dengan penggunaan teknologi dron ini yang digunakan untuk kerja-kerja penanaman padi dan ia menjimatkan masa berbanding menggunakan jentera atau tenaga manusia.
"Kita akan melakukan demonstrasi penggunaan dron di kawasan jelapang padi dan mengadakan perbincangan dengan pegawai kementerian secara terperinci dan menyeluruh untuk melaksanakan jika kaedah itu dilihat berkesan," katanya.
Tajuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Insentif di bawah program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) EPP 11 Musim 2/2016 Kawasan Seberang Perak dan Sungai Manik/Labu Kubong di sini malam tadi.
Pada majlis itu, 478 petani bagi kawasan Seberang Perak dan Sungai Manik/Labu Kubong menikmati insentif lebih RM2 juta dan setiap petani menerima bayaran insentif RM2,000 bagi setiap hektar untuk setiap lima musim.
Dalam pada itu, Tajuddin menggesa petani meningkatkan pengeluaran padi kepada 10 metrik tan per hektar bertepatan dengan matlamat Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
"Saya masih tidak berpuas hati kerana setakat ini kira-kira 10 peratus sahaja petani yang mampu menanam padi sehingga 10 metrik tan per hektar kerana peratusan yang ada sangat kecil.
"Petani perlu mengubah sikap untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi dengan menjaga kawasan sawah padi agar bebas daripada sebarang penyakit yang boleh merosakkan tanaman dan mengendalikan hasil tuaian dengan baik supaya tidak berlaku kehilangan padi selepas penuaian," katanya.
Sementara itu, Tajuddin berkata langkah menyenaraikan kelapa sebagai komoditi negara selepas Lembaga Koko Malaysia (LKM) distruktur semula sebagai Perbadanan Koko dan Kelapa Malaysia merupakan perkembangan yang positif bagi mengukuhkan industri kelapa di negara ini.
Beliau berkata ini kerana ketika ini negara menghadapi kekurangan bekalan kelapa sehingga kerajaan perlu mengimport kelapa dari Indonesia serta Filipina.
"Di samping itu, kita juga perlu melakukan pembaharuan penanaman kelapa memandangkan di negara ini tidak mempunyai keluasan tanah yang begitu banyak untuk menanam kelapa dalam jumlah yang besar.
Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perbadanan Koko dan Kelapa Malaysia akan diwujudkan bagi menggantikan Lembaga Koko Malaysia dalam usaha meningkatkan pengeluaran kelapa di negara ini.
Di samping meningkatkan pengeluaran kelapa, langkah itu dilaksanakan memandangkan harga kelapa lebih mahal berbanding kelapa sawit dan jumlah pendapatan setiap hektar adalah lebih tinggi daripada komoditi lain ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2017
Demo dron penyembur racun perosak yang digunakan pada tanaman padi merupakan teknologi terkini yang dipertontonkan pada Pameran MAHA 2016 di Maeps Serdang pada 3 Disember. - Foto BERNAMA
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Apa perkembangan seterusnya?
Setiausaha Negara AS, yang menjawab soalan di Capri, enggan mengulas mengenai serangan Israel terhadap Iran.
Jordan pertahan tindakan pintas dron Iran
Negara itu konsisten dengan polisinya bahawa ia akan bertindak ke atas pencerobohan pihak asing di ruang udaranya.
Iran lancar lebih 200 dron ke Israel
Tentera Israel berkata bahawa puluhan pelancaran peluru berpandu permukaan telah dikenal pasti menghampiri wilayah Israel.
Jordan pintas dron Iran ke Israel
Tentera juga berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sistem radar memantau sebarang aktiviti dron yang datang dari arah Iraq dan Syria.
'Kami serang Israel kerana abai amaran PBB' - IRGC
Serangan dilakukan ke atas Israel atas sebab mereka mengabaikan arahan Majlis Keselamatan PBB supaya menghentikan pencerobohan.
Tentera Israel tembak jatuh dron Iran
Letupan kuat kedengaran selepas sistem pertahanan udara menembak jatuh objek yang terbang di langit bandar itu.
Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron
Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang.
Kanada bekalkan lebih 800 dron bernilai AS$95 juta ke Ukraine
Menteri Pertahanan, Bill Blair mengumumkan bahawa Kanada akan menderma lebih 800 SkyRanger R70 Multi-mission Unmanned Aerial Systems kepada Ukraine.
UK meterai perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine
Perjanjian ini diumumkan selepas pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy di Kiev.
Polis guna dron cari petunjuk kes bunuh Zayn Rayyan
Pasukan penyiasat dilihat turut melakukan rondaan di sekitar kawasan penemuan mayat dan menemu bual beberapa penduduk.