Cadangan nama Presiden UIAM baharu dikemukakan kepada PM, Sultan Pahang

Cadangan nama Presiden UIAM baharu dikemukakan kepada PM, Sultan Pahang
Dr Mahathir telah menyerahkan nama-nama itu kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda. - Gambar fail/@OfficialIIUM Facebook
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan telah mengemukakan cadangan beberapa nama bagi mengisi jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dalam kenyataan berkata Dr Mahathir telah menyerahkan nama-nama itu kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda.
"Ia selaras dengan peruntukan 25 (1A) Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pindaan 2018). Pihak universiti akan membuat kenyataan rasmi mengenai pelantikan Presiden UIAM ke-8 yang baharu selepas mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku," menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Pada 6 Jan lepas, Bernama melaporkan bahawa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden UIAM dengan tempoh pelantikan beliau sepatutnya berakhir pada tahun 2021.

BACA JUGA: Polis tahan Datuk Seri, tipu jual syiling emas potret Sultan Pahang

-- BERNAMA

Tag: Sultan Pahang, Mahathir Mohamad, PM, Perdana Menteri, Maszlee Malik, Kementerian Pendidikan, pendidikan, Pahang, Malaysia, UIA, Presiden UIA


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.