Cadangan reformasi institusi utama di Malaysia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui Majlis Penasihat Kerajaan dalam tempoh dua bulan.
Menurut Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.C. Vohrah antara institusi utama yang diberi perhatian termasuk Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia, dan agensi penguatkuasa seperti polis.
Cadangan itu bagi memastikan sistem semak dan imbang wujud dalam setiap institusi tersebut dan undang-undang sentiasa dipatuhi.
“Kami akan senaraikan cadangan kepada kerajaan melalui Majlis Penasihat Kerajaan berkaitan reformasi beberapa institusi.
“kami akan mengkaji kesemua undang-undang yang terlibat yang tidak selari dengan keabsahan undang-undang.” Katanya ketika siding media Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) di ibu negara hari ini.
Jawatankuasa itu ditubuhkan pada Selasa oleh Majlis Penasihat Kerajaan bagi melihat kepada aspek reformasi institusi bertujuan melengkapi reformasi besar yang sedang dijalankan kerajaan baharu.
Sementara itu, salah seorang ahli IRC Datuk S.Ambiga berkata beberapa cadangan perubahan itu mungkin melibatkan pindaan perlembagaan.
“Kemungkinan kita memerlukan sedikit pindaan perlembagaan, namun banyak cadangan reformasi itu nanti tidak melibatkan pindaan, hanya memerlukan perubahan struktur.
“Kami akan cadangankan kepada kerajaan bahagian reformasi mana yang memerlukan pindaan perlembagaan.” Katanya.
Selain itu IRC juga berkata akan meneliti kembali Akta Antiberita Tidak Benar.
Turut hadir pada siding media itu adalah ahli lain Mah Weng Kwai, Datuk Mohamed Arshad Raji Professor Emeritus Prof Datuk Shad Saleem Faruqi.
Najib Aroff
Wed May 16 2018
Dari kiri, Mah Weng Kwai, Shad Saleem Faruqi, K.C Vohrah, Ambiga Sreenevasan, Mohamed Raji di Menara Ilham hari ini. - fotoBERNAMA
Persidangan Ulama Sedunia dijadualkan pada 7 dan 8 Mei - Fahmi
Muslim World League akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
AWANI Borneo [17/04/2024] – Insiden tembakan | Lebih sekali ganda | Rumah atas air roboh
AWANI Borneo Isnin, 17 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Jenazah anak perempuan KPD Lahad Datu selamat dikebumikan.
- Kerajaan pusat setuju tingkatkan jumlah gas kepada Sarawak.
- Rumah atas air roboh, 15 sekeluarga berputih mata.
- Jenazah anak perempuan KPD Lahad Datu selamat dikebumikan.
- Kerajaan pusat setuju tingkatkan jumlah gas kepada Sarawak.
- Rumah atas air roboh, 15 sekeluarga berputih mata.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Dadah: Lebih 1,000 individu ditahan dalam operasi bersepadu sempadan
Polis menahan 1,072 individu yang menjalankan pelbagai kesalahan dadah dalam operasi bersepadu sempadan bagi tempoh 1 April hingga semalam di seluruh Kelantan.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.
Pemilihan MIC mulai 27 April ini - Vigneswaran
MIC akan mengadakan pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027 bermula 27 April hingga 7 Julai ini, kata Presidennya Tan Sri S A Vigneswaran.
AWANI Tonight: Ensuring quality education is accessible to all
The government must ensure quality pre-school education is accessible to all children in the country before making it mandatory, says Dr Lydia Foong from Taylor’s University.
Pelaksanaan penuh DLP di Sabah perlu diperhalusi
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum program dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) dapat dilaksanakan sepenuhnya di sekolah-sekolah di Sabah.
6,034 guru baharu lantikan kontrak ditempatkan di sekolah mulai Isnin lalu
KPM dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah, manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.
Rumah atas air roboh, 15 sekeluarga berputih mata
Seorang ibu yang mempunyai 13 orang anak redha menempuh dugaan hidup apabila rumahnya di Kampung Air, Sandakan yang sudah didiami lebih 10 tahun roboh pada malam raya ke - 6.