awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan tubuh RCI bagi peristiwa Memali bukan untuk aniaya sesiapa - MB Kedah

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2017
09:41 MYT
Cadangan tubuh RCI bagi peristiwa Memali bukan untuk aniaya sesiapa - MB Kedah
AHMAD BASHAH: Jadi kita nak tahu (perkara) yang sebenarnya kerana sekarang ini orang sudah mula bercakap (mengenainya).
Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat semula 'Peristiwa Memali' bukan bertujuan menganiaya sesiapa.
Demikian pandangan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang berpendapat RCI berkenaan ditubuhkan sememangnya terdapat keperluan dan permintaan daripada pelbagai pihak termasuk waris mangsa.
"Saya amat menyokong kerana insiden itu berlaku di Kedah. Jadi kita nak tahu (perkara) yang sebenarnya kerana sekarang ini orang sudah mula bercakap (mengenainya).
"Waris kepada si mati pun dah tuntut supaya adakan siasatan. Kalau itu yang betul, maka betullah.
"Jadi saya amat menyokong apa yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, jika dia perlu suruhanjaya ini akan ditubuhkan," ujar beliau.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menutup Program 1 Komuniti 1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Kota Setar 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz dekat sini, siang tadi.
Beliau mengulas tuduhan liar sesetengah pihak yang mendakwa penubuhan RCI adalah untuk menganiaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu untuk menyiasat peristiwa itu sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.
Peristiwa Memali pada 19 November 1985 di Baling menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata sokongan penubuhan RCI berkenaan juga berikutan peristiwa berdarah itu berlaku di Kedah sendiri.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#memali
#RCI
#siasatan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan