Cadangan mewajibkan ibu bapa memberi suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Perancangan Kementerian Kesihatan pada 8 Mei untuk kelulusan, sebelum penelitian lanjut oleh Kabinet.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pandangan pelbagai pihak turut diperolehi, termasuk agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan yang berkaitan dalam meneliti isu-isu dan perkara yang perlu dimasukkan dalam kertas cadangan kebolehlaksanaan tindakan untuk mewajibkan suntikan imunisasi itu.
"Saya akan pengerusikan dan bincangkan (peringkat pasca kabinet) dahulu dan hasil daripada itu, kita akan angkat ke Kabinet.
"Apa yang penting supaya kewajipan imunisasi adalah pilihan untuk memastikan anak-anak dapat dilindungi dan mencapai imuniti kelompok sehingga 97 peratus penerimaan ibu bapa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan di Taman Tasik Cempaka di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Khalid Ibrahim.
Media sebelum ini melaporkan mengenai penubuhan pasukan petugas khas bagi merealisasikan cadangan dan dasar untuk mewajibkan suntikan imunisasi vaksin di negara ini akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan (KKM), akhir bulan ini.
Sementara itu, Dzulkefly berkata kerajaan komited meneruskan Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan, seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas meskipun kerajaan perlu menanggung kos yang agak tinggi.
KKM, katanya memperuntukkan hampir RM150 juta setahun untuk Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan yang memanfaatkan seramai hampir 500,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun sehingga ke murid sekolah berumur 15 tahun.
Vaksin yang diberi boleh memberi perlindungan terhadap 12 jenis jangkitan, termasuk Tuberkulosis (TB), Hepatitis B, difteria, tetanus (kancing gigi), batuk kokol, polio, campak, beguk dan rubella.
Bagi murid perempuan berumur 13 tahun, vaksin Human Papilloma Virus (HPV) diberi manakala di Sarawak pula, vaksin Japanese Encephalitis turut diberi.
Dalam ucapannya, Dr Dzulkefly meminta orang ramai usah mudah mempercayai maklumat tidak benar mengenai gerakan anti-vaksin yang dengan aktif mengajak masyarakat untuk meragui keselamatan dan keberkesanan vaksin.
Hasilnya, liputan imunisasi yang tidak menyeluruh menjadi faktor penyumbang kepada merebaknya jangkitan dalam masyarakat seterusnya punca peningkatan ini.
"Tahun lepas, terdapat 1,958 kes demam campak di seluruh Malaysia dengan enam kematian, berbanding dengan 1,709 kes dan dua kematian pada 2017. Sebanyak 892 kes Pertussis (batuk kokol) dicatatkan dengan 22 kematian pada 2018, juga meningkat dari 353 kes dengan 13 kematian pada 2017.
"Manakala sebanyak 18 kes difteria telah dicatatkan dengan enam kematian pada 2018 berbanding 32 kes dengan tujuh kematian pada 2017.
"Majoriti kes-kes ini tidak menerima suntikan vaksin. Ada juga kes berlaku dalam kalangan bayi yang belum layak menerima suntikan vaksin," katanya.
Bernama
Sun Apr 28 2019
Kewajipan imunisasi adalah untuk memastikan anak-anak dapat dilindungi dan mencapai imuniti kelompok sehingga 97 peratus penerimaan ibu bapa. -Gambar fail
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Agong berkenan menerima menghadap Fahmi, Dzulkefly
Pada sesi menghadap itu, Fahmi mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan media sosial di negara ini.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
KKM sasar tempoh 4-5 tahun laksana transformasi kesihatan digital
Pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan terlibat.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.