Cadangan wujud warden asrama sepenuh masa akan dikaji - Kementerian

Cadangan wujud warden asrama sepenuh masa akan dikaji - Kementerian
Para pelajar mengemas bilik asrama di sekolah. - BERNAMA/Fail
KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan sedia mengkaji saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) bagi mewujudkan jawatan warden asrama sepenuh masa di sekolah berasrama.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pihaknya akan mengkaji dan memperhalusi cadangan itu secara terperinci.

"Kita perlu buat kajian kerana keputusan ini akan memberi kesan terhadap banyak sekolah berasrama. Kalu kita hendak lantik warden di luar daripada kalangan guru sedia ada, kita perlu buat lebih banyak libat urus antara guru-guru dan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)."

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Lindungi Diri dan Keluarga 2.0 bertemakan Pendidikan Seksualiti dan Salah Laku Remaja di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Sebelum ini, NUTP mencadangkan supaya diwujudkan jawatan warden asrama sepenuh masa bagi menyelesaikan isu bebanan tugas warden asrama.

Selain itu, NUTP turut meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula bebanan tugas yang digalas oleh semua warden asrama pada masa ini.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, ini adalah kerana warden asrama turut menjalankan kerja harian di sekolah seperti menjadi tenaga pengajar dan perlu bertugas di asrama pula selepas waktu kerja sehingga lewat malam.

Ahad lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan sembilan pihak termasuk lima pembuli, penolong kanan Hal Ehwal Murid dan bekas pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud membayar tuntutan sebanyak RM616,634.20 kepada seorang pelajar yang menjadi mangsa buli.





Tag: sekolah berasrama, warden asrama, kes buli, buli pelajar, Teo Nie Ching, Kementerian Pendidikan, NUTP



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.