awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAEXPO buka peluang usahawan tempatan terokai pasaran China

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
10/09/2018
03:33 MYT
CAEXPO buka peluang usahawan tempatan terokai pasaran China
Caexpo 2018 yang akan berlangsung pada 12 hingga 15 September ini dijangka menarik lebih 77,000 pengunjung dari seluruh dunia.
Bagi meningkatkan usaha untuk meneroka pasaran China dalam bidang perdagangan pelaburan dan pelancongan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sekali lagi mengetuai delegasi syarikat Malaysia ke pameran Ekspo China Asean (CAEXPO).
Dianjurkan setiap tahun sejak 2004, CAEXPO kali ke-15 ini adalah platform buat ratusan usahawan tempatan daripada perusahaan kecil dan sederhana yang akan mempamerkan produk dan perkhidmatan buatan Malaysia.
Apa yang menarik, CAEXPO kali ke-15 ini bakal menghimpunkan kira-kira 180 ruang pameran di Nanning International Covention and Exhibition Centre, Wilayah Guangxi yang mempamerkan produk dalam pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, gaya hidup, kesihatan dan kecergasan.
CAEXPO kali ke-15 ini bakal menghimpunkan kira-kira 180 ruang pameran di Nanning International Covention and Exhibition Centre.
CAEXPO kali ke-15 ini bakal menghimpunkan kira-kira 180 ruang pameran di Nanning International Covention and Exhibition Centre.
Bukan itu sahaja, setiap tahun pasti akan ada negeri yang dipilih untuk menjadi ‘City of Charm’ yang menonjolkan keunikan negeri tersebut di mata ASEAN, dan pilihan tahun ini adalah Sarawak.
Ekspo yang akan berlangsung pada 12 hingga 15 September ini dijangka menarik lebih 77,000 pengunjung dari seluruh dunia.
Bagi CAEXPO kali ini juga, Malaysia tampil dengan ruang pameran paling besar, seluas 3240 meter persegi, yang digelar Malaysia Pavilion.
Malaysia Pavilion dijadual dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming pada Selasa.
Tahun ini, antara kementerian yang bekerjasama menjayakan CAEXPO adalah MATRADE, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Topic Berkaitan
#CAEXPO
#China
#Dagangan Antarabangsa Malaysia
#Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
#Matrade
#MIDA
#MITEC
#pelaburan
#pelancongan
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan