awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj RM1 di ATM dikecualikan bermula Isnin

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2020
07:06 MYT
Caj RM1 di ATM dikecualikan bermula Isnin
Kerajaan memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mMesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter bank.
Kerajaan memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter bank.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,berkata, pengecualian itu bakal berkuatkuasa Isnin ini sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kita difahamkan ramai pengguna menggunakan juruwang dalam bank sebab isu ATM yang caj RM1 setiap kali pengeluaran wang.
"Oleh itu melalui Kementerian Kewangan, kerajaan memutuskan semua institusi perbankan melalui paynet akan mengecualikan caj RM1 di semua ATM yang menggunakan MEPS.
"Pengecualian RM1 ini akan bermula Isnin hingga tamat PKP ini dan ia memberi ruang dan kemudahan kepada rakyat untuk menggunakan ATM disediakan," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjaga jarak sosial apabila mengeluarkan wang di ATM.
"Saya (ingin) menasihatkan (orang ramai) jika tidak lagi ke dalam bank, jangan berpusu-pusu di ATM. Penjarakan sosial mesti dipatuhi iaitu satu meter yang ditetapka," ujar beliau.
Orang ramai juga disaran menggunakan perkhidmatan bank atas talian bagi mengelak kesesakan di premis itu.
Topic Berkaitan
#bank
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#Media
#menteri
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan