Calon Pakatan Harapan (PH) di DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar mengundi di pusat mengundi di SK Kampung Lindungan di sini hari ini.

Beliau tiba jam 8.30 pagi dan terus memasuki tempat mengundi.

Turut mengundi di lokasi sama, ibunya, Khalijah Md Yusuf, 73 tahun, dan adiknya, Salimey Abu Bakar, 40 tahun.

Beliau yang ditemui selepas itu turut menggesa pengundi Seri Setia turun menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini.

“Saya menyeru pengundi keluar mengundi lebih awal sebab saya tengok cuaca sudah gelap. Saya doakan segalanya berjalan lancar,” ujar beliau.

Dalam pada itu, calon Pas, Dr Halimah Ali tidak mengundi di DUN Seri Setia.

Beliau sebaliknya melakukan tinjauan di beberapa pusat mengundi di DUN Seri Setia.

Sebanyak 16 pusat mengundi dibuka di Seri Setia hari ini melibatkan 109 saluran.