Tutup

Calon UPSR lemas akibat terjatuh ke dalam kuari

Calon UPSR lemas akibat terjatuh ke dalam kuari
Mangsa bersama rakannya datang bersiar-siar di kawasan kuari itu pada kira-kira 3 petang, sebelum Mohd Shafiq dikatakan terjatuh ke dalam kolam di lokasi terbabit. - Astro AWANI
PADANG BESAR: Seorang pelajar tahun 6, yang juga calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), lemas di sebuah kuari di Kampung Bukit Merah dekat Beseri, Perlis, pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhammad Halim Yatim berkata, mangsa yang lemas itu, Mohd Shafiq Abdul Halim yang berasal dari Jalan Kaki Bukit, Beseri, datang ke kuari berkenaan bersama tiga lagi rakannya.
Berdasarkan siasatan awal polis, mangsa bersama rakannya datang bersiar-siar di kawasan kuari itu pada kira-kira 3 petang, sebelum Mohd Shafiq dikatakan terjatuh ke dalam kolam di lokasi terbabit.

Susulan kejadian itu, rakan mangsa meminta pertolongan penduduk kampung bagi membantu menyelamatkan Mohd Shafiq.
Bagaimanapun, mangsa hanya ditemukan kira-kira jam 6 petang dan seterusnya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar.

Pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia setelah lebih kurang sejam melakukan proses menyelamatkan mangsa.

Kata polis, tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa telah tergelincir ke dalam kolam ketika melalui kawasan kuari itu.

Tag: pelajar sekolah, calon upsr, lemas di kuari, kampung bukit merah, perlis, polis, pdrm


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.