awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cara efektif hafal Al-Quran melalui aplikasi Quran Companion

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
12/06/2016
02:29 MYT
Cara efektif hafal Al-Quran melalui aplikasi Quran Companion
Menggunakan elemen teknologi dan permainan, aplikasi Quran Companion menyediakan perkhidmatan bantuan menghafal ayat Al-Quran kepada orang ramai dengan cara lebih efektif, fleksibel dan menyeronokkan.
Menggunakan elemen teknologi dan permainan, aplikasi Quran Companion menyediakan perkhidmatan bantuan menghafal ayat Al-Quran kepada orang ramai dengan cara lebih efektif, fleksibel dan menyeronokkan.
Pengasas Syarikat Quran Academy, Bilal Memon berkata elemen itu mampu menjadi motivasi untuk menghafal bagi semua golongan tanpa mengira latar belakang.
Bergantung kepada individu, antara cabaran utama dalam menghafal Quran adalah motivasi yang kurang dan gaya hidup yang sentiasa sibuk.
"Kami mempunyai pelbagai kebaikan daripada aplikasi kami bagi membantu menghafal dengan efektif. Pertama sekali kami mempunyai pelan pembelajaran yang memastikan anda berada di landasan betul ke arah matlamat menghafal.
"Keduanya, apa yang kami sediakan yang penting bagi penghafalan adalah motivasi. Kami ada akauntabiliti berkumpulan dan cabaran berkumpulan.
"Anda boleh mengajak sehingga 25 rakan yang memiliki aplikasi ini dan bersaing untuk menghafal ayat Al-Quran. Bukan itu sahaja, anda boleh melihat kemajuan masing-masing dan melihat siapa yang berada di kedudukan yang pertama," kata Bilal dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.
Menurut Bilal, teknik berkumpulan ini adalah penting bagi akauntabiliti dan hasil kajian menunjukkan pengalaman belajar sambil berinteraksi dengan orang lain memberi motivasi untuk meneruskan penghafalan.
Beliau sendiri yang sudah menghafal Quran sebelum ini juga menekankan setiap individu mempunyai cara berbeza untuk menghafal.
Mengulas peranan teknologi, beliau yakin ia mampu memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan kepada orang ramai menggunakan pendekatan yang lebih mudah untuk menghafal Quran.
Aplikasi Quran Companion kini boleh dimuat turun menerusi Google Play untuk pengguna Android dan bakal disediakan kepada pengguna iPhone tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#Bilal Memon
#Quran Companion
#Syarikat Quran Academy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan