awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cari lokasi lain atau berdepan tindakan tegas - KPN

Israr Khalid
Israr Khalid
03/11/2016
12:26 MYT
Cari lokasi lain atau berdepan tindakan tegas - KPN
KHALID: Sekiranya pihak penganjur tetap ingin mengadakan perhimpunan itu, ia harus diadakan di lokasi yang tertutup dan mengikut nasihat polis. -Gambar fail
Polis akan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap pihak yang mengadakan perhimpunan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, kumpulan baju kuning dan baju merah perlu mendapat kebenaran pemilik tempat meskipun kedua-dua pihak telah mengemukakan notis kepada pihak polis.
Ia selepas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin menetapkan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan untuk perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah.
"Mereka tidak dibenarkan oleh tuan punya tempat itu (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
"Pergilah cari tempat lain yang sesuai, kalau tiada di Kuala Lumpur pergi ke tempat lain yang orang bagi, yang penyokong dia bagi," kata Khalid dalam sidang media selepas menyempurnakan program 'Strategising Measures to Combat Serious Crimes' di sini hari ini.
Pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya didapati ingkar dengan arahan yang telah dikeluarkan dan tindakan tetap akan diambil.
Perhimpuan Bersih 5 dijadual akan berlangsung pada 19 November ini.
Notis telahpun dihantar Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah kepada pihak polis pada 28 Oktober, tiga hari selepas kumpulan Baju Merah pimpinan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berbuat demikian.
Selain mengadakan perhimpunan pada hari sama dengan Bersih 5, kumpulan Baju Merah turut merancang satu perhimpunan awal pada 5 November, dan turut memilih Dataran Merdeka sebagai lokasinya.
Menurut Maria, keputusan berhubung masa dan lokasi perhimpunan protes terhadap kerajaan itu adalah muktamad dan tidak akan berganjak daripada apa yang telah direncana pihaknya.
Biarpun telah mematuhi tuntutan Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan mengemukakan notis sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh acara, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap tidak membenarkan sebarang perhimpunan berlangsung.
Kata Ahmad Zahid, ia untuk mengelakkan kedua-dua kumpulan bertembung yang dilihat berpotensi tinggi untuk mencetuskan kekecohan.
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#Bersih 5
#Dataran Merdeka
#Penganjur perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan