Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berharap skim perlindungan sosial baharu ke atas suri rumah di Malaysia akan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memberi perlindungan keselamatan kepada golongan itu biarpun mereka tidak bekerja.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata cadangan itu diharapkan akan menjadi realiti untuk dilaksanakan pada 1 Januari 2020 kepada 1.4 juta suri rumah yang disasarkan.
“Suri rumah ketika ini tiada sebarang perlindungan keselamatan sosial. Sebab itu Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran baru-baru ini menyatakan banyak kali termasuk di Parlimen bahawa kita perlu ada perlindungan untuk suri rumah.
“Jadi saya sangat berharap ia akan jadi realiti kerana suri rumah tidak ada sebarang perlindungan keselamatan. Sekiranya berlaku apa-apa, tiada sebarang faedah akan mereka peroleh,” katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara khas di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Pada masa sama, Dr Mohammed Azman berkata bagi suami yang mampu, mungkin mereka ada membelikan perlindungan insurans untuk isteri masing-masing.
“Tapi bagi yang tak mampu, suri rumah tidak akan ada apa-apa jika berlaku kemalangan.
“Maka dengan caruman Perkeso ia sedikit sebanyak memberi perlindungan untuk suri rumah ini seperti yang telah diimplementasikan kepada pemandu teksi, bas dan e-hailing,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengakui, pihaknya tiada sebarang kuasa untuk mengumumkan mengenai pelaksanaan skim tersebut kerana ia masih diperhalusi di peringkat kementerian dan kerajaan.
“Sebenarnya cadangan ini telah lama (disuarakan), tetapi masih dalam perbincangan. Saya harap ia akan dapat kelulusan dan mekanisme bayaran akan kita lihat nanti.
“Siapa akan bayar caruman itu masih dalam perbincangan kerana pihak kami kalau boleh tidak mahu bebankan suami, kerana mungkin ada suri rumah yang mampu dan bersedia melakukannya, kami sedang lihat cara untuk membantu,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia merancang supaya 1.4 juta suri rumah di negara ini didaftarkan untuk perlindungan Perkeso.
Menterinya, M Kula Segaran berkata, setakat ini usaha itu sedang di peringkat menyediakan undang-undang berkaitan, selain mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak berkepentingan.
Katanya, ia adalah sebahagian daripada beberapa pembaharuan yang akan dilaksanakan kementerian itu bagi menambah baik Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Sinar Harian
Mon Aug 26 2019
Mohammed Azman berkata cadangan itu diharapkan akan menjadi realiti untuk dilaksanakan pada 1 Januari 2020 kepada 1.4 juta suri rumah yang disasarkan. -Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Majikan akan didakwa jika terus upah PATI - Kulasegaran
Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama dengan KDN untuk memastikan tindakan tegas diambil terhadap majikan yang degil di seluruh negara.
Muhyiddin: Kerajaan tidak pernah tipu rakyat dalam soal pendidikan
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menipu rakyat dalam soal pendidikan, termasuk kepada masyarakat India.