Seorang penjawat awam berjaya memahat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori 'Bilangan Ceramah Moral Terbanyak Yang Disampaikan Seorang Individu' selepas memberikan ceramah selama 12 hari di 37 sekolah selama 37 jam.
Affendi Rajini Kanth, 44, anak kelahiran Perlis yang bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Pejabat Setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang melakukan jelajah solo menunggang motosikal jenis BMW RT1200 pada 18 hingga 30 April 2019 melibatkan 12 Parlimen di Semenanjung Malaysia untuk mendekati Gen-Y.
Affendi memilih beberapa sekolah secara rawak, purata tiga sekolah bagi setiap Parlimen untuk menyampaikan ceramah dalam masa satu jam yang memberi pengisian nilai-nilai murni bagi generasi muda hari ini yang lebih sibuk dengan alatan sehingga wujud jurang kasih sayang antara keluarga.
"Berdasarkan kajian rambang yang saya lakukan, kasih sayang, nilai murni dan nilai peradaban semakin kurang dalam kalangan mereka (Gen-Y) dan ada yang mengaku bersalam dengan ibu bapa pada hari raya sahaja.
"Mereka juga lebih mempercayai rakan berbanding ibu bapa sendiri selain suka membuat keputusan sendiri dan saya mengambil langkah ini untuk memberi perkongsian ceramah berkaitan nilai moral," katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Penganugerahan Malaysia Book Of Records di sini, hari ini.
Terdahulu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan majlis tersebut sekali gus menyampaikan plak penghargaan kepada Affendi.
Berangkat sama Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Affendi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Perlis (YKP) menerima tajaan utama daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain mengeluarkan perbelanjaan peribadi RM60,000 untuk merealisasikan hasrat murninya itu.
Untuk rekod, Affendi mula bergerak dari Perlis ke Kuala Lumpur dengan memberi ceramah pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangsa, sebelum meneruskan perjalanan ke Johor diikuti Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan berakhir di Kedah.
Katanya dia juga merancang untuk mengadakan jelajah fasa kedua ke kepulauan Borneo Sabah dan Sarawak sekiranya ada rezeki lebih dan penyumbang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020
Affendi Rajini Kanth, 44, anak kelahiran Perlis melakukan jelajah solo menunggang motosikal jenis BMW RT1200 pada 18 hingga 30 April 2019 melibatkan 12 Parlimen di Semenanjung Malaysia untuk mendekati Gen-Y. - BERNAMA
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Pencemaran udara dapat ditangani dengan penglibatan Datuk Bandar, pemimpin masyarakat - WHO
Datuk Bandar bukan hanya berperanan memantau sesebuah wilayah, tetapi juga harus membudayakan setiap polisi yang diperkenalkan khususnya mengenai pencemaran udara.
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Catat rekod MBOR ceramah 12 hari di 37 sekolah selama 37 jam
Affendi melakukan jelajah solo menunggang motosikal jenis BMW RT1200 pada 18 hingga 30 April 2019 melibatkan 12 Parlimen di Semenanjung Malaysia untuk mendekati Gen-Y.