awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Catuan air di kawasan perindustrian, pelancongan, hospital di Melaka

Bernama
Bernama
09/02/2020
21:19 MYT
Catuan air di kawasan perindustrian, pelancongan, hospital di Melaka
Syarikat pengurusan air Melaka itu memaklumkan, kawasan pelancongan yang dikenakan catuan bekalan air termasuk keseluruhan Jalan Bendahara, Jalan Jonker Walk, Jalan Taming Sari, bangunan Stadhuys dan Pulau Melaka. - Bernama
Catuan bekalan air di negeri ini yang diteruskan hari ini akan melibatkan kawasan perindustrian, pelancongan dan hospital, demikian menurut kenyataan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).
Kawasan perindustrian yang terlibat ialah Ayer Keroh, Batu Berendam, Bukit Rambai, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Krubong, Taman Teknologi Cheng, Tangga Batu, Zarina dan Serkam.
"Beberapa pengguna domestik di sekitar kawasan perindustrian tersebut akan turut mengalami catuan bekalan air yang dijadual berakhir pada 23 Feb depan," menurut kenyataan SAMB dalam laman Facebook pada Ahad.
Syarikat pengurusan air negeri ini memaklumkan, kawasan pelancongan yang dikenakan catuan bekalan air termasuk keseluruhan Jalan Bendahara, Jalan Jonker Walk, Jalan Taming Sari, bangunan Stadhuys dan Pulau Melaka.
Selain itu, lebih 37 hotel, 11 pusat membeli belah dan empat hospital swasta di sekitar bandar raya akan terlibat dengan catuan terbabit.
Melaka pada 29 Jan lepas melaksanakan catuan bekalan air harian membabitkan 550,673 pengguna iaitu 62.8 peratus penduduk bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk menghadapi cuaca panas dan kering dalam fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir bulan hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#catuan air
#cuaca panas
#Hospital
#hotel
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan