Seorang pendaki wanita gagal menuruni gunung selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki semasa mendaki puncak gunung 701 yang merupakan puncak antara Gunung Tampin dengan Gunung Datuk, Rembau, awal pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau PPgB Mohd Fuad Majid berkata berdasarkan maklumat awal yang diterima, mangsa Nurjuliana Umar, 38, bersama 30 rakan pendaki lain mendaki gunung berkenaan pada pukul 5 pagi semalam, untuk merentasi beberapa gunung di situ sebelum sampai ke destinasi akhir di Gunung Datuk.
"Semasa mendaki, mangsa mengalami kecederaan di bahagian betis kiri setelah tergelincir pada kira-kira pukul 9 pagi.
"Bagaimanapun, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.47 malam kerana difahamkan ketika kejadian, tiada isyarat telefon dan beberapa masalah dalaman yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Katanya 11 anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat Rembau telah digerakkan ke lokasi kejadian.
"Sekarang masih usaha dalam menyelamatkan mangsa. Mangsa dijangka dibawa turun ke kaki gunung kira-kira 2 petang ini.
"Pihak bomba menggunakan laluan di Gunung Batu Maloi bagi memudahkan urusan menyelamatkan mangsa yang kini berada di laluan tengah antara Gunung Tampin dengan Gunung Datuk.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 03 2019
11 anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat Rembau telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Cedera di betis, pendaki wanita gagal turun gunung
Seorang pendaki wanita gagal menuruni gunung selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki semasa mendaki puncak gunung 701 yang merupakan puncak antara Gunung Tampin dengan Gunung Datuk, Rembau.