Cemas kerana membawa dadah, seorang lelaki bertindak merempuh sebuah kereta peronda polis, sebuah kereta dan motosikal dalam usaha melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Intan, dekat sini, petang ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata dua orang awam cedera ringan dalam kejadian itu manakala tiada kecederaan dialami anggota polis yang bertugas ketika itu.
Beliau berkata kereta Proton Wira Aeroback berwarna merah yang dipandu suspek telah diarah berhenti oleh anggota peronda di Batu 4, Jalan Kluang-Mersing apabila dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.
"Bagaimanapun, suspek memecut melarikan diri ketika dihampiri anggota polis menuju ke arah Ayer Hitam, sejauh kira-kira 20 kilometer. Sebaik tiba di Pusat Rekreasi Zenxin di Jalan Batu Pahat, suspek bertindak berpatah balik ke arah Kluang dan merempuh sebuah kereta peronda polis yang membuat sekatan di simpang Felda Ayer Hitam.
"Kereta yang dipandu suspek kemudiannya terbabas setelah merempuh sebuah motosikal dan sebuah kereta di lampu isyarat berhampiran Taman Intan," katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
Mohd Abduh berkata hasil siasatan ke atas suspek berusia 35 tahun yang ditahan itu, polis menjumpai sebuah beg kecil mengandungi tujuh paket dipercayai dadah dan peralatan menghisap dadah di dalam sebuah lagi beg kecil.
"Lima paket dadah itu disyaki jenis heroin dianggarkan seberat tiga gram dan dua paket lagi disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 1.05 gram.
"Suspek kini ditahan dan siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 186/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Permohonan reman suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020
Polis berkata dua orang awam cedera ringan dalam kejadian itu manakala tiada kecederaan dialami anggota polis yang bertugas ketika itu. - Gambar hiasan
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.