awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Cradle Fund buat 4 laporan polis sebelum dijumpai mati

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2018
22:01 MYT
CEO Cradle Fund buat 4 laporan polis sebelum dijumpai mati
Nazrin (gambar) buat empat laporan polis sebelum ditemui mati dalam kebakaran di rumahnya 14 Jun lepas. -Gambar fail
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan membuat empat laporan polis, termasuk berkaitan ugutan bunuh, tiga bulan sebelum dia dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, 14 Jun lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Allahyarham Nazrin bagaimanapun telah menarik balik semua laporan berkenaan dan pada tahap ini pihaknya masih menunggu arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) untuk tindakan lanjut.
"Yang ugutan itu ada laporan polis dibuat, kalau tak silap ada empat, dan laporan itu kita sudah siasat dan kemudian arwah sudah tarik balik laporan itu.
"Namun pihak kami sudah kemukakan kertas siasatan kepada DPP, jadi kita tak belum terima apa-apa arahan untuk buat pertuduhan dan sebagainya, jadi kita tunggulah," kata Mohamad Fuzi.
BACA: Beberapa individu lagi dipanggil bantu siasatan kematian CEO Cradle
Media sebelum ini melaporkan polis sudah menyiasat dakwaan ugutan bunuh yang diterima Nazrin dan hasil siasatan yang dijalankan mendapati ancaman dalam bentuk panggilan telefon itu dilakukan oleh saudara terdekatnya.
Perkara mengenai ugutan itu tidak termasuk dalam siasatan mengenai kes bunuh Allahyarham.
Mengulas mengenai laporan bedah siasat kedua ke atas Nazrin, Mohamad Fuzi berkata pihaknya masih menunggu hasil laporan berkenaan yang sedang disiapkan oleh pegawai perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), selepas proses bedah siasat kedua dibuat pada 8 Oktober lalu.
Pada 8 Oktober lalu, jenazah Allahyarham Nazrin digali untuk bedah siasat kali kedua di PPUM.
Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kes bunuh mangsa.
Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.
BACA: Kronologi kes kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan
Topic Berkaitan
#bunuh
#CEO
#cradle fund
#kebakaran
#meninggal dunia
#Mohamad Fuzi
#Nazrin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan