MALAYSIA
Ceramah Dr Zakir Naik: 40,000 tidak berganjak walaupun hujan

Orang ramai teruja mengikuti ceramah Dr Zakir melalui layar yang turut dipasang di Padang Astaka. -Foto Bernama
Hampir 40,000 orang yang hadir untuk mengikuti ceramah terakhir pendakwah terkenal Dr Zakir Naik di Terengganu, malam Khamis tidak berganjak walaupun hujan renyai-renyai.
Program yang diadakan di Padang Astaka di sini, itu merupakan ceramah keempat Dr Zakir sejak tiba di Terengganu 9 April lepas.
Kebanyakan mereka yang hadir bermula 7.30 malam itu, tidak berganjak dan setia menunggu beliau memulakan topik syarahan bertajuk 'Muslim Choice - Dakwah or Destruction' (Pilihan Orang Islam, Dakwah Atau Kemusnahan).
Selain masyarakat berbilang bangsa dan agama, turut hadir mendengar ceramah Dr Zakir ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Tinjauan Bernama mendapati ada kalangan yang hadir datang dari Pahang serta Kelantan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami