awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Penganalisis ekonomi tersohor, Madeline Berma meninggal dunia
Jenayah terancang: Geng Rames didakwa di mahkamah
Peruntukan tambahan bayaran balik RM4 bilion selesai diproses dan dikreditkan - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chegubard puji sikap berani melawan Nik Nazmi

Astro Awani
Astro Awani
30/04/2014
10:19 MYT
Chegubard puji sikap berani melawan Nik Nazmi
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard secara terbuka memuji keberanian calon Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad yang disifatkan berani melawan sehingga Mahkamah Rayuan menyifatkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 sebagai tidak berperlembagaan.
Badrul berkata, anak muda di Malaysia beruntung kerana mempunyai seorang tokoh seperti Nik Nazmi dan sikap berani melawan beliau perlu dicontohi.
Katanya, anak muda sepatutnya perlu melawan dan tidak mencontohi apa yang dilakukan oleh seorang lagi calon Ketua AMK, Nazree Yunus yang mengaku bersalah atas tuduhan melibatkan PAA.
"Semenjak PAA diaplikasikan memang banyak kes pendakwaan berkaitan undang-undang ini. Namun SAMM merakamkan sedih terhadap beberapa pemimpin politik yang tersungkur di mahkamah kerana mengaku bersalah awal di depan hakim kerana undang-undang zalim ini.
"Sepatutnya semua perlu melawan. Nazree Yunus contohnya sudah tentu akan akan jadi titik hitam dalam sejarah perlawanan apabila dia mengaku bersalah,"katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, keputusan mahkamah berhubung PAA merupakan satu petanda baik bagi perjuangan rakyat mempertahankan hak yang dijamin perlembagaan negara.
Badrul berkata keputusan mahkamah itu juga membawa maksud bukan semua undang-undang menjamin keadilan sebaliknya ia memerlukan perjuangan dan keberanian
Topic Berkaitan
#Chegubard
#nazree yunus
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#Perhimpunan Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan