awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chikungunya di Hat Yai: Perlis kawal pintu sempadan

Salim Aziz
Salim Aziz
14/01/2019
11:48 MYT
Chikungunya di Hat Yai: Perlis kawal pintu sempadan
Chikungunya merebak melalui nyamuk Aedes yang juga menyebabkan demam denggi.
Pemantauan yang berterusan terhadap virus Chikungunya sedang giat dijalankan di Perlis bagi mengelak penyakit itu masuk ke negara ini.
Tumpuan diberikan di tiga pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Wang Kelian dan Kuala Perlis yang menjadi pilihan pengunjung dari Satun, Thailand.
Exco Kesihatan Negeri, Teh Chai Ann berkata, anggota pasukan keselamatan yang turut meliputi Jabatan Kesihatan, telah diarah untuk mengawal pintu masuk dan memeriksa mana-mana individu yang dikenal pasti berisiko membawa virus itu bagi menyekat penularannya ke negara ini.
"Langkah-langkah yang kita kena ambil selanjutnya ialah untuk buat pemeriksaan. Kita pun risau juga kalau di sempadan, kadang-kadang dia (virus) boleh merebak ke negeri Perlis.
"Jadi saya sudah urus dengan Jabatan Kesihatan untuk ambil tindakan selanjutnya untuk mencegah virus Chikungunya masuk ke Perlis," katanya hari ini.
Tambahnya, pihaknya bekerja rapat dengan pasukan keselamatan dalam memastikan langkah kawalan dan keselamatan bergerak seiring.
Ini kerana, pintu masuk di Padang Besar menjadi pilihan pelancong dari Hat Yai kerana jaraknya yang lebih dekat berbanding di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Pada Ahad, media tempatan Thailand, Bangkok Post melaporkan virus Chikungunya iaitu jangkitan yang biasanya berlaku di Afrika telah dikesan di Hat Yai.
Laporan media itu turut menyebut, berpuluh-puluh pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di bandar berkenaan.
Chikungunya merebak melalui nyamuk Aedes yang juga menyebabkan demam denggi.
Pesakit Chikungunya dan denggi kedua-duanya mengalami demam panas, namun mereka yang dijangkiti Chikungunya turut mengalami kesakitan di pergelangan kaki, tangan dan juga jari.
Topic Berkaitan
#chikungunya
#Hat Yai
#padang besar
#penyakit
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan