awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Pas teliti cadangan UMNO tubuh gabungan besar
Amanah saran pendekatan baharu, persaingan positif perkasa Melayu Islam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China Radio International, DBP hasil dua buku kenali negara tembok besar

Bernama
Bernama
09/12/2019
01:17 MYT
China Radio International, DBP hasil dua buku kenali negara tembok besar
Malaysia-China mengukuhkan hubungan dengan lebih erat melalui penghasilan dan penerbitan dua buah karya buku untuk mengenali budaya serta sejarah peradaban negara tembok besar itu. -Bernama
Malaysia-China pada Ahad mengukuhkan hubungan dengan lebih erat melalui penghasilan dan penerbitan dua buah karya buku untuk mengenali budaya serta sejarah peradaban negara tembok besar itu.
Kerjasama itu terjalin melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan China Radio International (CRI) yang menerbitkan buku 'Kenali Xi'an' dan 'Koleksi Cerita Klasik China' yang dijangka dapat memberi lebih banyak maklumat serta penerangan berkaitan republik tersebut.
Pelancaran buku tersebut dan Pameran Kenali China itu disempurnakan Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran yang antara lain menyifatkan kerjasama ini satu lagi peluang bagi rakyat mendekati dan memahami kesenian serta kebudayaan masyarakat China.
"Kita (Malaysia) dengan China telah ada kerjasama yang cukup lama, dalam konteks dengan CRI. DBP menghantar pegawai kita untuk membantu pegawai CRI dalam menguasai bahasa Malaysia dan sebaliknya.
"Tujuannya, kita berharap rakyat akan mengenali lebih erat (tentang) kesenian dan kebudayaan masyarakat China sebab kita ada hubungan yang sangat erat," katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran itu.
Turut hadir Ketua Pengarang Bernama Datuk Mokhtar Hussain, Kaunselor Kebudayaan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia Zhang Zhen, Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio Azlan Idris serta Penerbit dan Wakil CRI di Malaysia Selina Dong Xiaoping.
Sementara itu, Selina berkata penerbitan buku ini merupakan satu platform yang terbaik untuk rakyat Malaysia mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat mengenai negara China.
"Kami hendak mencari satu pendekatan yang senang diterima orang ramai seperti menerbitkan buku, majalah, dan video yang menarik seperti pelancongan ataupun kebudayaan khusus kepada rakyat Malaysia.
"Kerana sekarang ini ramai orang menggunakan media sosial dan pelbagai informasi boleh didapati.
"Jadi kami mahu memainkan peranan untuk mengeratkan persefahaman antara China dan Malaysia dengan produk (buku) yang kami sediakan sendiri," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBP
#Dewan Bahasa dan Pustaka
#karya buku
#Kenali Xi'an
#Malaysia-China
#mengenali budaya
#negara tembok besar
#sejarah peradaban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan