Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Situasi Hak Asasi Manusia di Myanmar Prof Yanghee Lee menggesa negara lain mencontohi usaha Malaysia yang membantu memperbaiki kehidupan penduduk Rohingya.
Lee berkata demikian semasa melawat Pusat Pembelajaran Alternatif di sini, menyediakan pendidikan serta kemahiran asas kepada kanak-kanak Rohingya untuk memastikan mereka tidak menjadi generasi yang ketinggalan.
"Sebahagian besar kanak-kanak Rohingya dinafikan untuk menerima asas pendidikan di Myanmar. Saya mencadangkan kepada negara lain yang menjadi tuan rumah kepada pelarian untuk mencontohi langkah Malaysia," katanya pada sidang akhbar, selepas mengakhiri lawatan ke Malaysia pada Khamis.
Lee tiba di sini pada Selasa dan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah, pelarian Myanmar serta kumpulan masyarakat. Sebelum itu beliau berada di Thailand.
Beliau turut meluangkan masa bertemu dengan pelarian dari pelbagai kawasan di Myanmar termasuk Rakhine, Chin, Kayin, Shan dan Kachin States dan Yangon, yang telah berada di Malaysia lebih sepuluh tahun.
"Masalahnya Myanmar merupakan negara yang mempunyai banyak pelarian dan ia bukanlah perkara baharu - ada yang baharu tiba, dan semakin ramai datang ke sini," katanya sambil menyifatkan Malaysia tempat yang selamat kepada mereka.
"Tiada seorang pun mengatakan mereka akan selamat jika kembali ke negara asal," katanya.
Lee berkata, pelarian turut berkongsi mengenai keinginan untuk mendapatkan akses lebih mudah kepada kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan, perkara ini telah dimaklumkan beliau kepada kerajaan Malaysia ketika pertemuan dengan Saifuddin.
Selepas lawatannya ke Malaysia dan Thailand, beliau mendapati bagaimana situasi hak asasi manusia di Myanmar menjadi pencetus kepada isu serantau yang serius di Asia Tenggara termasuk kewujudan hampir 1.5 juta pelarian Myanmar di Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Sementara itu, mengulas mengenai sekatan perjalanan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap empat pegawai tentera Myanmar termasuk keluarga terdekat, Lee berkata tindakan itu tidak memberi kesan kepada kumpulan itu kerana apa yang diperlukan ia tindakan lebih konkrit.
"Lebih baik ada daripada tiada. Tetapi kenapa AS mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian? Saya fikir AS juga perlu membekukan aset milik pegawai dan keluarga mereka dan tindakan juga wajar diperluaskan kepada pemimpin lain," katanya.
Jabatan Negara AS pada Selasa mengeluarkan sekatan perjalanan terhadap Panglima Angkatan Tentera Min Aung Hlaing, Timbalan Panglima Soe Win, Brigadier Jeneral Than Oo dan Brigadier Jeneral Aung Aung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2019
Lee semasa mengadakan pertemuan dengan Dr Wan Azizah. - Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.