awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Feyenoord sambar khidmat pemain berdarah Belanda-Malaysia
Google Discover uji tajuk janaan AI gantikan tajuk asal
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat tanah runtuh di Bandung Barat - Wisma Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COP25 ketengah pandangan negara sedang membangun

Bernama
Bernama
05/12/2019
23:37 MYT
COP25 ketengah pandangan negara sedang membangun
Isnaraissah Munirah (gambar) mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat peringkat menteri COP25 di Madrid, Sepanyol. - Gambar fail
Dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP25) di Madrid, Sepanyol, Malaysia menegaskan bahawa bahawa hasil COP25 tidak boleh berpusatkan mitigasi.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim (MESTECC) dalam satu kenyataan berkata Malaysia berpandangan bagi negara-negara sedang membangun, adaptasi kepada kesan buruk perubahan iklim dan menangani kerugian serta kerosakan yang berlaku adalah sangat penting.
Perkara ini memberi kesan terus kepada keupayaan negara untuk meraih pembangunan mapan dan membanteras kemiskinan semasa melaksanakan secara aktif Konvensyen itu serta Perjanjian Paris - menurut Malaysia, bagi pihak Negara-negara Berpandangan Serupa di mesyuarat pembukaan plenari COP25.
Perkara-perkara yang diketengahkan dalam penyertaan Malaysia ke persidangan COP25 itu dikongsi bersama oleh MESTECC dalam kenyataan berkenaan di sini hari ini.
Delegasi Malaysia ke mesyuarat peringkat menteri COP25 diketuai oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis.
Negara-negara Berpandangan Serupa merupakan perkumpulan 25 negara sedang membangun termasuk Malaysia, China, India, Saudi Arabia, Vietnam, Mesir dan lain-lain, yang membentuk blok rundingan dalam rundingan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN).
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyampaikan ucapan pada pembukaan COP25 di Madrid, 2 Dis, 2019. REUTERS
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyampaikan ucapan pada pembukaan COP25 di Madrid, 2 Dis, 2019. REUTERS
Kenyataan itu berkata Malaysia turut menegaskan bahawa usaha-usaha COP25 perlu terus dibimbing, dan menggambarkan prinsip-prinsip ekuiti dan persamaan, namun tanggungjawab yang berbeza, selaras dengan keadaan nasional yang berbeza, di bawah Konvensyen itu dan Perjanjian Paris.
Menurutnya Malaysia di COP25 turut menegaskan kepentingan untuk mengakses perkembangan tindakan-tindakan Pra-2020 oleh negara maju di bawah Konvensyen berkenaan dan Kyoto Protocol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cop25
#hasil COP25
#Isnaraissah Munirah Majilis
#Kyoto Protocol
#Madrid
#Malaysia
#MESTECC
#mitigasi
#negara maju
#negara membangun
#negara sedang membangun
#Negara-negara Berpandangan Serupa
#Persidangan Perubahan Iklim PBB
#perubahan iklim
#Pra-2020
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan