awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan tembak individu di kaki ketika tangkapan di Minneapolis
Terbuka India: Fei-Din berdepan detik cemas sebelum mara
Agihan BAP di Melaka dijangka selesai hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/03/2020
09:11 MYT
COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428
Menurut Dr Adham, angka terbaharu itu menjadikan kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 428 kes. - BERNAMA
Jumlah kes yang disahkan positif COVID-19 meningkat lebih 200 peratus dengan 190 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, angka terbaharu itu menjadikan kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 428 kes.
Beliau berkata, kebanyakan kes baharu yang dikenal pasti itu mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.
Sementara itu, katanya, seramai sembilan pesakit juga dilaporkan bergantung pada mesin bantuan pernafasan dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
"Justeru KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) menyeru peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini.
Sehubungan itu, Dr Adham berkata, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah kini sedang menjejak jemaah tabligh dan individu-individu yang disyaki COVID-19, secara aktif bagi mengekang penularan wabak ini.
Menurutnya, semua peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir mereka menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
Ekoran itu, beliau berharap orang ramai tidak menular atau berkongsi sebarang maklumat yang boleh mencetus panik atau kebimbangan orang awam.
Data COVID-19
Data COVID-19
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#perhimpunan
#Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan