awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2,359 sukarelawan perubatan tawar diri berkhidmat di hospital, pusat kuarantin

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2020
09:53 MYT
COVID-19: 2,359 sukarelawan perubatan tawar diri berkhidmat di hospital, pusat kuarantin
Dr Noor Hisham berkata KKM mengalu-alukan bantuan semua sukarelawan yang terbabit. Gambar fail.
Seramai 2,359 orang sukarelawan perubatan telah menawarkan diri untuk berkhidmat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sukarelawan terbabit antara lain terdiri daripada kumpulan pakar perubatan, pegawai perubatan, jururawat dan pegawai farmasi.
Kumpulan sukarelawan terbabit ialah:
• 65 orang pakar perubatan pelbagai bidang; • 159 orang pegawai perubatan; • 909 orang jururawat; • 220 orang juruteknologi makmal perubatan; • 704 orang penolong pegawai perubatan; • 106 orang juru X-ray; • 56 orang ahli fisioterapi; • 70 orang pegawai sains (mikrobiologi); • 7 orang pegawai farmasi; • 44 orang penolong pegawai farmasi; • 11 orang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan; • 2 orang pegawai psikologi; • 6 orang kaunselor
Dr Noor Hisham berkata, KKM sedang dalam perbincangan dengan Kerajaan Pusat untuk segera memperhalusi mekanisma lantikan secara kontrak bagi pengamal profesion perubatan yang berhasrat untuk berkhidmat dengan KKM dalam menghadapi COVID-19.
Katanya, sukarelawan serta mereka yang ingin berkhidmat dengan KKM diminta tampil menyertai dan mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#perubatan
#Sains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan